Khamis, 20 Jun 2013

Aktiviti Habis Degree Part 7 : Last Gathering Uols.

Assalamualaikum.

Practically hari neh hari terakhir kitorang bersama, sebab Syu pun dah naik bas malam neh :'(

Uols neh sebenarnya gabungan 2 geng, geng Spice Girls dengan Geng Buah kitorang la, sebab macam kamceng sangat, combine la, jadi la Geng Uols, aha.

So plan asal nak pergi Desaru, tapi memandangkan jerebu yang sangat teruk kat JB neh, sampai masuk Jusco pun ada jerebu, so plan was cancelled -_- Tapi tapi tapi, kitorang tetap buat gathering neh, memandangkan Didi dah masak semua, kereta pun dah sewa semua. So teruskanlah apa yang ada.


Ada nasik lemak, ayam goreng, mihun goreng, air bergas, miahaha. Cukup untuk sumbat perut kami 17 orang semuanya.

Lepas dah makan makan semua, kitorang pun plan nak jalan jalan la, takpelah tak dapat pergi Desaru pun, pergi tempat tertutup je, so Danga City Mall it is!

Let's go!




Danga City Mall neh, banyak permainan, ada bowl, ada archery, ada paintball, ada snooker, karaoke, macam macam la, so banyak pilihan kalau sesiapa suka main indoor activities neh. Harga pun berpatutan, and okaylah service nya.

Yang first thing kitorang try tadi, archery, ataupun memanah dalam bahasa Melayu nya. Sorang RM8 untuk 15 arrows, tapi kalau 3 orang, dapat RM20 untuk 48 arrows, so aku, Didi and Yaya yang nak memanah, kitorang ambik la set untuk 3 orang.









Suka gambar neh, ihik :p





Pengalaman pertama memanah neh, seronok! Tapi berat Nauzubillah. Tapi memanah neh, sunnah, belajar la sikit sikit :D Kalau kitorang yang kena memanah kat medan perang, Allah je tau apa jadi nanti, aha. Asik panah jatuh je dalam tue.

Then aktiviti kedua, bowling. Ala sebelah sebelah je pun archery dengan bowl.










Kiteee menang, 58 p0int, miahaha.



Husna, Lili, Syu, Shikin, Lin, Besah, Ecah, Fadz



Shikin & Syu



Ecah & Fadz



Owh I am so going to miss them, all of them!

& that's how I spent my last day as a students in UTM, with them whom I call friends :)

1 ulasan:

awak memang comel vogue the vass sebab sudi komen entry kitee, muach! <3

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...