Memaparkan catatan dengan label jalanjalan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jalanjalan. Papar semua catatan

Ahad, 20 Oktober 2013

The Pre Convocation Day.

Assalamualaikum.

Almost 4 bulan lepas, gua ended my degree study. And unofficially became a graduate Quantity Surveyor of Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Jadi, lepas habis belajar dengan segala tekanan serta permainan perasaan, mestila nak konvo kan? Aha. Disebabkan konvo will only happen on 28th October, we had our very own Pre Convo among ourselves. Seperti mana yang gua selalu gembar gemburkan kat blog hamba neh, geng gua ada 8 orang, tetapi memandangkan 3 orang lagi jadik orang Key Ell, tinggallah kami 5 orang kat Jay Bee, so Pre Convo gua, hanyalah menampilkan kami 5 orang je. Yeah it does feel incomplete from certain aspect, but the 3 of them are always with us, in our heart. Miahahha sweet tak sweet tak :p

Jadik ceritanya, semalam (19th October 2013) adalah hari pengambilan jubah konvo. Start pukul 9 pagi sampai pukul 12 tengah hari duration nya. Disebabkan kitorang kat Jay Bee, takde masalah la nak ambikk jubah konvo, setakat tumpang Didi je pergi amik kat UTM terchenta sana tue.

Kitorang plan nak pergi lepas Subuh je, beratur kan, hajat nak jubah saiz S kan. Tapi gerak dari Plentong, 7.43 pagi jugak. At least lagi awal la dari pergi kerja, aha. Memang betul start ambik jubah pukul 9, dalam pukul 10 ke pukul 11 gitu dah siap pun. Takde la lama sangat pun ambik jubah konvo neh, kejap je. Kaunter banyak kot, ada dalam 6 kaunter jugak semalam. And gua dapat jubah saiz M.

Kitorang memang fikir nak ambik ambik gambar dengan jubah tersebut lepas ambik, tapi kamera Yaya tetiba memori card is locked, aisehman. Kecewa sangat, kitorang terus pergi Arked Meranti untuk melampiaskan nafsu makan, rindu kottt makan kat Arked Meranti, 3 tahun kott makan kat situ.


Dekat Arked Meranti jela dapat makan nasi dengan peha ayam goreng besar gila macam neh, RM3. Kopi ais pun RM1.30 je. Rindu oi makana murah cenggineh!



So dah kenyang, kitorang buat keputusan nak jalan jalan, dah alang alang sampai Skudai terchenta neh, singgah lerr Sutera Mall. Tempat paling best nak shopping, murah dan cantik. Bagi gua la. And kat sini jugaklah, Yaya pergi check kamera beliau, kenapa memori dia locked cenggitu. So ending dia, orang kedai kamera tue cakap, kena virus. So beli memori baru, So kitorang pun boleh ambik gambar, miahaha.


Testy jam RM10 neh, teringat jam Levis gua suatu ketika dahulu yang keras tue, yang macam pembaris, then bila kita nak pakai, dia membengkok ikut tangan tue~ Tapi jam tue hilang, kena curik sekali dengan laptop gua dulu.


Nampak? Ada 1 part tudung yang gua tak iron, ditakdirkan pulak, bahagian tak iron tue, dok depan. Miahaha redha je.



Tengok tengok je, tak beli pun, aha.


Yaya jadikan gua nampak macam gergasi. -_-


Okayla, gua rendahkan diri :p


Atas escalator pun bisa dong. aha.


Disebabkan kamera Yaya dah okay, kitorang buat keputusan pergi ber Pre Convo kat Danga Bay! Yeay!



Tadaaa! Degree kat UTM memang jubah dia warna maroon, and untuk student FAB, yang kat leher tue warna purple, ikut warna thesis kitorang kot. Aha. FKA lak warna hijau gua rasa. Lau untuk master, jubah warna hitam. Bergaya gitu. And jubah saiz M gua looking good there :P



Didi dan jubah saiz S beliau.


Memang tak disarankan pakai tudung warna maroon ye adik adik kalau dah jubah warna maroon cenggineh, ihik.


Lili pun pakai jubah saiz S.


Syu pun tak ketinggalan dapat jubah saiz S jugak.


Semua pakat risau mortar board terbang ke laut, haha.


Waiting for our another 3 to fill in the spot. Sebab tue ada ruang banyak kat tepi tue :p


Then Didi secara tiba tiba ajak pergi bergambar kat Masjid Sultan Abu Bakar, masjid dekat zoo tue. Masjid yang cantek Nauzubillah tue.







Baling semuanyaaaaa, miahahhahaha.

Jemputlah datang konvo kitorang 28th October neh :)

Thanks for reading this entry!

Ahad, 25 Ogos 2013

Aktiviti Raya Di Johor.

Assalamualaikum~

Gua orang Kelantan. Yeap, lahir dan dibesarkan di Kelantan. Bulan Syawal kat Kelantan takdela meriah sangat, mungkin Raya pertama, kedua or probably raya ketiga agak meriah, tapi bila dah hari keempat dan so on, dah takde la aktiviti rayanya pun adoi.

Tapi kat Johor neh lain. Sebulan kot Raya. I mean aktiviti beraya macam ziarah, open house semua. So bila dah bermastautin kat Johor neh, jadi orang Johor la kitewww. So ada la open house/aktiviti ziarah sedikit sebanyak :p

Minggu pertama raya, masa weekend, pergi rumah akak taklim kat taman U, serta rumah kenalan Didi.


Abaya from Makkah (curik dari my niece :p), kasut Larrie & handbag & wide shawl Bonita pau daripada Ahmad Faris, miahahaha.


Paling confuse, kitorang dapat duit raya, ahak. Walaupun confuse, still terima dengan hati terbuka la kan, orang dah bagi :p


Alang alang dah pergi area Skudai, singgah le Sutera Mall terchenta kejap :p

Then hari Sabtu semalam, perg open house rumah Farid, one of our senior colleague. Sebab pergi pun dah petang, pakai jela jubah First Lady dengan shawl hitam je, aha.



Kereta Didi.

Masa pergi rumah Farid neh, kitorang mungkin lapar sangat, sampai lupa nak ambik gambar, miahaha.

Then hari neh, rumah Kak Ayu, sambil sambil melawat baby beliau yang baru.





Zukhy yang nak jugak enterframe walaupun tengah on call, layankan je~


Kak Shila dan adik adik beliau.




Neh la dia baby baru Kak Ayu, dah lupa dah namanya, unik sangat, Kak Ayu suruh panggil Jack je :p

Then lepas tue singgah la rumah Kak Shila kejap, alang alang dah sampai sana kan. Ada sate, dan gua memang tak makan sate :P


Ain namanya, anak Farid. Nama glamour je Ain, nama sebenar, Dhia Faridah.


Isteri Farid merangkap Ibu Ain :p


Nama kampung neh lagi lain macam. Jalan Janda kaya kot.


Semua pun nak ambik gambar dengan Jalan Janda Kaya neh :p 

Penat jugak la kan, sebab rumah Farid tue kat Kangkar Pulai, rumah Kak Ayu kat Kota Tinggi, rumah Kak Shila kat Ulu Tiram. Kitorang pulak duduk kat Plentong.

So sempat singgah Today's Mall. betula kata Didi, memang tak ada apa apa pun kat situ. Disini menyesal!


Shawl ButikPinkku, Skirt Nazzy Anne, handbag a gift from Akak kiteww.

Cenggitu la aktiviti raya gua dekat Johor neh. Agak agak ada lagi tak aktiviri raya lepas neh? :p

Thanks for reading this entry!

Sabtu, 3 Ogos 2013

Cara Menghargai Diri Sendiri Part 3 : Full Facial Treatment

Assalamualaikum~

Weekend neh adalah weekend pertama dengan gaji pertama. I'm one working person yawww, sebulan dah kerja, officially la kan dah dapat first salary dah kan.

So dah dapat duit lepas beberapa trial, kitorang pun nak setelkan la segala bil tertunggak, serta beli mesin basuh. Sebab dekat rumah kitorang ada kedai barang second hand, ada mesin basuh harga RM250, kongsi 4 orang plus minus 60 hengget cenngitu la, malas kot nak kira.

Then Yaya nak pergi servis motor. Ditakdirkan Allah, tepi kedai motor tersebut ada saloon, Diaries Saloon namanya. Didi dengan saloon neh memang tergugat sikit, nak blow rambut la apa la, dari masa final year degree lagi dia dengan Lili nak pergi blow rambut, tak paham betul aku.

Saloon tadi :p
So masa dok intai intai dari luar tue, owner dia pun keluar la, tegur kitorang. Apa lagi, masukla dalam saloon tue, tengok tengok pakej apa yang patut. 




Bila akak owner tue, Kak Nora namanya dok promote promote, tetiba tergerak hati nak try facial treatment. Ingat nak try normal punya je, tapi Kak Nora cakap, normal punya macam cuci muka kat rumah je, so dia suggest la try full facial treatment.

Didi dengan Yaya pun dengan tak disangka sangka nak jugakkk full facial treatment, Didi terus lupa yang dia nak blow rambut tadi, haha.


Aku tanya Kak Nora, dia guna produk apa, katanya produk Nouvelle Visage, ala produk Dato' Sosilawati tue la. Okay la, aku tengok muka Kak Nora pun licin gila takde lubang pori pori terbukak pun, and dia dah pakai produk neh 8 tahun. Umur dia pun dah 28 tahun sekarang, tapi cantik lagi :p





Suami Kak Nora, miahaha.


Tapi paling best, ada tempat sembahyang sekali, maksudnya kalau kita tunggu kawan buat facial lama sangat, then masuk waktu, bolehla kita terus sembahyang kat situ.


Lagi best? Lepas siap facial, dapat door gift kot. Pernah ke pegi buat facial dapat door gift? :p


Haha. Okayla. First time buat full facial treatment, dengan harga RM49 je :p Harapnya cantikla kan nanti raya neh :p

Overall rasa okay la, Yaya siap boleh tidur lagi masa treatment, santai sangat, cuma part buang jerawat tue sakit sikit. Sampai keluar air mata gua yang berharga neh. Aha. Tapi muka rasa la licin daripada sebelumnya. Owner pun peramah, sakan berbual dengan kitorang.

1 tips la kalau nak pergi saloon, tengok owner dia muka cantik tak, I mean kulit dia licin tak, berseri ke tak. Kalau owner pun kulit berjerawat, selebet je, korang yakin ke nak try? Kalau gua, gua tak try la.


Neh la owner nya, Kak Nora :p Yang kitorang mula mula tengok dia ingat dia Cina, rupanya Melayu, ihik.

Begitulah cerita facial kitorang. Bila dah siap facial treatment, dah masuk waktu berbuka, so pergi la KFC, sebab gua dah berapa minggu nak makan KFC, miahahaa.


Tadaaa, gua nak makan benda neh semata mata sebab gua nampak ada bintang tue je, haha. Rupanya bintang tue nugget udang je, Aha. Okay la, Allah bagi sedap :D

Apa? Nak tengok muka lepas facial? Okay la gua letak muka Yaya, miahaha.






Thanks for reading this entry!




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...