Memaparkan catatan dengan label event. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label event. Papar semua catatan

Ahad, 14 Jun 2015

Cerita Nikah Kahwin Kawan Kawan.

Assalamualaikum~

بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم ~

Ehey lamanya gua tak menaip entri dekat blog iteww ini. Aha. Entah kenapa tetiba rasa mood nak berblog datang balik. Dan dan nak cerita pasal kawan kawan kahwin. Walaupon ada yang pregnant dah pun. Eh.

Dalam hidup gua, gua memang tak ramai kawan, tapi tu pun salah pilih kawan lagi. Tett. But I'm absolutely never wrong about this particular group of friend of mine. My Buahan Cikebom friends!



Tadaaaaa!

Dari kiri, gua, belakang Yaya, then berniqab tu Didi, belakang lagi Lili, depan dia Husna, tepi tu Shikin, depan tu Nas and last tepi sekali Syu. Nampak banyak mana happy gua sampai senyum nampak gusi semua!

Yela, kawan kawan jugak, tapi bila semua dah besar panjang cantek semua macam neh, mestila ada kumbang kumbang jatuh chenta lalu datang merembat. So, beberapa orang daripada my Buahan Cikebom friends pun dah selamat menjadi isteri orangggg.

Yang mula mula kahwin, adalah Lili. Dia kahwin dulu sebab dia paling cantek, Matjim merangkap suami beliau sekarang rasa insecure takut Lili dirembat lelaki lain, maka dengan sepantas kilat Matjim propose la Akak Lili kitaaa. Nikahnya 31/12/2014 masa Kelantan dilanda banjir besar hari tu la. Pergh gila dramatik gua rasa.



Amboi happy nye dia dah jadi bini Matjim! Ihik.


Tau tak apa lagi tragik? Gua tak jumpa gambar gambar kahwin Lili yang cantek cantek. Mana pergi semuanyaaaaa. Just in case Lili read this later, please forward to me your wedding picture. Teheee.

Then yang kedua kahwin plak adalah Husna. Sebab dia paling cantek lepas Lili. Miahaha. Husna punya cerita pun tragik jugak. Kitorang memang puas hati gila Husna neh jumpa lelaki macam Zakuan. Cerita lebih lebih karang terbakar PC office neh karang. Miahaha.

Husna punya majlis 21/2/2015 la seingat aku. Ke salah? In case Husna read this, kalau salah I'm soryyy~




Next!

Yang latest sekali kahwin, latest tak latest sangatla 14/3/2015 hari tu, adalah Didi. Teman sebantal sekatil massa UTM kalau gaduh aku pergi library konon konon tanak terserempak kat bilik. Aha. Aku pujuk pujuk si Didi neh kahwin masa birthday aku 20/3 dia tanak. Kan senang ingat nanti birthday aku. Marah la caneh. Eh tetiba.



Nah.

Gambar paling ayu dah neh aku cari. Miahaha.









Ahhhh.

Next sape plak nak kahwin? Shikin cakap kalau tengok flow neh, settle by roommate. Sebab Lili dengan Husna roomamate. Disebabkan aku roommate Didi, mungkin aku la next bride to me, Miahahahaha. Tapi gua syak, Nasirah Nabila settle down dulu. We'll see.

Seronok tengok kawan kawan kahwin.

Regards,

Suzie

Sabtu, 7 Disember 2013

The Convocation Day.

Assalamualaikum.

Aha.

It's been quite sometime since the last time I blogged something here. And this time it's gonna be about my Convocation Day! Miahaha. Actually, gua konvo 26th October hari tue, dah lebih sebulan kot tapi memandangkan keadaan busy yang amat sangat, so gua biarkan jela cerita tersebut berlalu sepi.

Bagi sesiapa yang tak tau, gua dah officially a graduate of Bachelor in Quantity Surveying (Hons) from Universiti Malaysia (UTM).


Dalam dewan lepas dah ambik transkrip degree.


Dalam dewan tengah tunggu turn nak ambik transkrip.

Masa dah kat tepi pentas tue, ada sorang Pak Cik neh, tugas dia cakap apa tau?

"Cakap terima kasih Tan Sri, jalan ikut dot"

Semua orang dia cakap macam tue, macam penat je macam penat je. Aha. Bukan sorang dua kot calon graduate. Tapi takpela, dah tugas beliau. Dah ada yang degil macam aku neh, mana nak dengar jalan ikut dot ke hape, aku jalan pun dah kira nasib baik, merangkak karang bau beliau tau sape Suzie Yusof, miahahaha.

And sama macam yang gua uar uarkan sebelum konvo, takde sape pun datang konvo gua -_- But that won't become a barrier for me to have fun. Kecuali masa Mak Limah merangkap Mak Didi bagi bunga kat aku, tetiba menangis. Haha choiii maluuu! And masa Didi suruh gua pergi dulu masa gua mintak dia cepat sikit. Rasa toching gila masa tue, dah la sebatang kara, takde transport, then Didi lak suruh pergi sendiri. Masa tue memang rasa lonely gila, rasa tanak dah konvo, rasa nak balik Kelantan, tanak dah dok Johor, sambil menangis nangis, isy3x.

Tapi dah bermaaf maafan dah sebelum masuk dewan, ihik.




Lili adalah anak yang kehilangan famili, ihik. Keluar keluar dewan je beliau cakap tak jumpa cari famili. Neh yang sempat bergambar neh, miahahaha.



Mak Limah dengan Ustaz Esa, mak bapak Didi, yang gua anggap macam mak bapak sendiri, diorang pun layan gua macam anak sendiri. Terharu kiteeeeee :D










Macam biasa gua akan ada spare selipar jepun yang selesa sangat neh kalau rasa rasa nak pakai heels 3 4 inci, miahaha. Nak nak kasut yang bertutup penuh. Kasut konvo gua tue memang sekali masa konvo tue jela gua pakai, nasib baik mrah je gua beli,



Hah neh yang over sangat neh pulak, adik Didi, Kirin nama beliau, merangkap photographer kitorang pada hari tersebuttt. Mekaseh Kirin. Nanti Kirin konvo, Kak Suzie belikan hadiah best sikit. Neh ada black and white ah neh sebab tulis kat blog, haha.


And that's what I wore on my convocation day! Ada pak cik kat registration table cakap pakaian gua tak ikut etika. Rasa nak tampor je pak cik tersebut, tapi karang masuk youtube pulak femes trending Graduan Kurang Hajar. Miahaha.

And thanks guys yang spent time kejap sama sama, ambik gambar memori kita sama sama ramai ramai. At least we made time with each other, bukan setakat janji janji manis je :D

Owh owh owh, I am so going to share this with you guys so that all of you know how fun it is to be a part of UTM, part of Fakulti Alam Bina (FAB), eventhough they are Architecture students :D



Okaylah, thanks for reading this entry!

Ahad, 20 Oktober 2013

The Pre Convocation Day.

Assalamualaikum.

Almost 4 bulan lepas, gua ended my degree study. And unofficially became a graduate Quantity Surveyor of Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Jadi, lepas habis belajar dengan segala tekanan serta permainan perasaan, mestila nak konvo kan? Aha. Disebabkan konvo will only happen on 28th October, we had our very own Pre Convo among ourselves. Seperti mana yang gua selalu gembar gemburkan kat blog hamba neh, geng gua ada 8 orang, tetapi memandangkan 3 orang lagi jadik orang Key Ell, tinggallah kami 5 orang kat Jay Bee, so Pre Convo gua, hanyalah menampilkan kami 5 orang je. Yeah it does feel incomplete from certain aspect, but the 3 of them are always with us, in our heart. Miahahha sweet tak sweet tak :p

Jadik ceritanya, semalam (19th October 2013) adalah hari pengambilan jubah konvo. Start pukul 9 pagi sampai pukul 12 tengah hari duration nya. Disebabkan kitorang kat Jay Bee, takde masalah la nak ambikk jubah konvo, setakat tumpang Didi je pergi amik kat UTM terchenta sana tue.

Kitorang plan nak pergi lepas Subuh je, beratur kan, hajat nak jubah saiz S kan. Tapi gerak dari Plentong, 7.43 pagi jugak. At least lagi awal la dari pergi kerja, aha. Memang betul start ambik jubah pukul 9, dalam pukul 10 ke pukul 11 gitu dah siap pun. Takde la lama sangat pun ambik jubah konvo neh, kejap je. Kaunter banyak kot, ada dalam 6 kaunter jugak semalam. And gua dapat jubah saiz M.

Kitorang memang fikir nak ambik ambik gambar dengan jubah tersebut lepas ambik, tapi kamera Yaya tetiba memori card is locked, aisehman. Kecewa sangat, kitorang terus pergi Arked Meranti untuk melampiaskan nafsu makan, rindu kottt makan kat Arked Meranti, 3 tahun kott makan kat situ.


Dekat Arked Meranti jela dapat makan nasi dengan peha ayam goreng besar gila macam neh, RM3. Kopi ais pun RM1.30 je. Rindu oi makana murah cenggineh!



So dah kenyang, kitorang buat keputusan nak jalan jalan, dah alang alang sampai Skudai terchenta neh, singgah lerr Sutera Mall. Tempat paling best nak shopping, murah dan cantik. Bagi gua la. And kat sini jugaklah, Yaya pergi check kamera beliau, kenapa memori dia locked cenggitu. So ending dia, orang kedai kamera tue cakap, kena virus. So beli memori baru, So kitorang pun boleh ambik gambar, miahaha.


Testy jam RM10 neh, teringat jam Levis gua suatu ketika dahulu yang keras tue, yang macam pembaris, then bila kita nak pakai, dia membengkok ikut tangan tue~ Tapi jam tue hilang, kena curik sekali dengan laptop gua dulu.


Nampak? Ada 1 part tudung yang gua tak iron, ditakdirkan pulak, bahagian tak iron tue, dok depan. Miahaha redha je.



Tengok tengok je, tak beli pun, aha.


Yaya jadikan gua nampak macam gergasi. -_-


Okayla, gua rendahkan diri :p


Atas escalator pun bisa dong. aha.


Disebabkan kamera Yaya dah okay, kitorang buat keputusan pergi ber Pre Convo kat Danga Bay! Yeay!



Tadaaa! Degree kat UTM memang jubah dia warna maroon, and untuk student FAB, yang kat leher tue warna purple, ikut warna thesis kitorang kot. Aha. FKA lak warna hijau gua rasa. Lau untuk master, jubah warna hitam. Bergaya gitu. And jubah saiz M gua looking good there :P



Didi dan jubah saiz S beliau.


Memang tak disarankan pakai tudung warna maroon ye adik adik kalau dah jubah warna maroon cenggineh, ihik.


Lili pun pakai jubah saiz S.


Syu pun tak ketinggalan dapat jubah saiz S jugak.


Semua pakat risau mortar board terbang ke laut, haha.


Waiting for our another 3 to fill in the spot. Sebab tue ada ruang banyak kat tepi tue :p


Then Didi secara tiba tiba ajak pergi bergambar kat Masjid Sultan Abu Bakar, masjid dekat zoo tue. Masjid yang cantek Nauzubillah tue.







Baling semuanyaaaaa, miahahhahaha.

Jemputlah datang konvo kitorang 28th October neh :)

Thanks for reading this entry!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...