Sabtu, 20 Julai 2013

The Next Phase : The Working Phase

Assalamualaikum.

Miahahhahaahahahaha.

Gelak kuat kuat sebab dah laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaama Nauzubillah tak update blog. Lama tak lama, dah 3 minggu gua kerja. So nak cerita sikitlah pasal hidup berkerjaya sekarang neh. Eceh.

Eh pelik sangat ke gua dapat kerja as soon as gua habis belajar? Gua tak sempat fikir pun nak rehat lepas habis degree, gua fikir nak start kerja je. So silakanlah, habis final 13th of June 2013, hantar thesis 20th of June 2013, balik Kelantan jap, then datang balik JB, start kerja on the 1st of July 2013 sebab dapat kerja kat JB. Nampak kelam kabut  kan? Tak pun sebenarnya :p

Jadi, kalau rasa nak dapat kerja cepat, ambiklah Quantity Surveying (QS). 

So, back to my story, gua kerja kat Consultant's Firm, JQS International Sdn Bhd, serta memegang jawatan sebagai Project Executive.

Mungkin sebab firm tue kecik sikit, gua dapat merasa pergi site valuation, site meeting, Client Consultant Meeting (CCM) during my very first week of working there. Even the second week, gua dah pergi meeting sensorang, and on the third week, gua dah pergi site valuation sensorang. Hectic tak? Yes it is. Gua pernah balik kerja pukul 12 tengah malam.

Tapi I like it here, ihik. Ala masa belajar dulu pun banyak project work, stay up sampai pagi pun pernah. Syukurlah masa belajar dah diajar untuk hidup sebagai sebetul betul QS, so bila dah kerja, dah dapat biasakan diri sikit. Kecuali Taking Off. 

Back to the story again, I like it here. Semua pun muda muda lagi, bos pun awal 30-an lagi, pekerja semua pun mestilah lagi muda dari beliau, ye idok kan. Firm neh lain macam sikit, mana ada partitions meja asing asing, semua dok macam study group, haha. So nampaklah kalau awak tengah curi tulang!

Nak gambar ke? Nak bukti? Okaylah. Gua semenjak bekerja neh, tak sempat nak bergambar sangat, busy la katakan. Tapi Alhamdulillah, hari tue kat office ada buat majlis berbuka puasa, so bos punya wife ada snap pictures, then upload kat fb, so gua curi, miahahaha.

Tadaaa, bos gua and his family :D


Majlis Buka Puasa neh boleh bawak family, boyfriend, girlfriend, suami, isteri semua, so semua yang hadir in 1 picture :p


Macam macam makanan ada, sate ada, beriani ada, kuih muih semua, ayam percik, daging ayam, ketupat daun palas, buah buahan, laksa johor, macam macam la, sampai tak habis makan walaupun kitorang ramai. Semua kena tapau bawak balik sebab banyak sangat makanan lebih.


Then, the whole office, my colleagues,


Ala, kebanyakkannya senior gua kat UTM je pon :p Macam Tay, Khoo, Sie, even the boss pon is a UTM Alumni. Miahaha.

Paling best, dapat bonus. Aha. Engkorang ado? 2 minggu kerja, bos bagi bonus. Bestnya firm neh, sebab tiap 3 bulan sekali, akan dapat bonus. Tayah tunggu setahun pon nak dapat bonus :p


Tapi Kak Ayu paling best, dapat bonus dengan purse LV. Engkorang hado? Haha, Kak Ayu yang dapat purse LV, gua yang excited melebih. Biasala, Suzie kan.

Dah nampak sendiri environment office gua? Open Space concept cenggitu, ihik.

Rasanya itu jelah yang gua mampu cerita setakat neh, takkan nak cerita gua pergi open tender project ape, Site Valuation project apa, Site Meeting project apa, CCM project apa kan, miahahha.

Thanks for reading this entry!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...