Assalamualaikum.
Hari neh macam biasa, taklim mingguan dekat Taman U. Apa yang paling istimewa kali neh, sebab inilah taklim terakhir kitorang sebagai student. Lepas neh dah tak student dah, kuat sikitlah cabaran nak pergi taklim. Mesti akan ada sibuk dengan duniawi, dengan kerja semua. Macam manalah nanti agaknya ya -_-
Yang lagi terharu, akak akak dekat taklim tue, buat makan makan sempena kali terakhir kitorang kat sana, rasa terharu sangat, MasyaAllah. Walaupun kitorang bukan siapa siapa pun, setakat pergi taklim mingguan je, yang kadang kadang pun tak pergi, tapi diorang tetap ingat kat kitorang.
Bila Kak Nana cakap,
"Okay hari neh kita ada makan makan sikit, sempena adik adik kita yang UTM neh dah nak habis belajar, insyaAllah la diorang semua akan bertebaran ke seluruh alam, menyebarkan agama Islam."
Allah , Lili dah selamat menangis dah masa tue, Didi tahan, aku pun tahan, cool Suzie cool, kena ada wakil yang tak menangis sorang.
Okay kita mulakan dengan gambar Lili la kali neh :p
Neh Anas, yang baru umur 6 bulan neh, semangat!
Comel? Pernah nampak kat mana mana tak? ihik.
Comelnya Subhanallah, geram! 6 bulan pun dah besar cenggineh. Allah bagi sihat kan, susu ibu je neh.
Akak akak taklim masakkan kitorang nasi warna kuning, dengan kari ikan tongkol, ada popia, ada keropok, tembikai, air semua, MasyaAllah, rezeki Allah kan. Paling best, makan cara sunnah, dalam dulang, dengan sapra sekali. Sapra tue, kain alas dulang tue :)
Tadaaa, neh dia sapra :)
Nah adik Nas, haha. Macam mana boleh sama muka macam Nas entah, aha.
Kawan kawan kita :) Owh, dengan baby Anas :p
Neh anak Dr Mazlan, tuan rumah taklim kitorang selalu pergi :)
Neh Zainab :)
Neh Zubair :)
Zainab dengan Zubair neh kembar tau. Yang lucunya, mak diorang cerita, masa scan nampak sorang je, bila lahir baru tau kembar, kalut carik baju semua, :p
Neh pulak, Muaz, adik Zainab dengan Zubair tadi :p
Zubair neh pulak, rapat dengan Shikin, Shikin dukung je mesti melentok je kepala dia kat bahu Shikin. Keibuan Shikin neh. Biasala, anak perempuan sorang kan.
Sedih jugaklah bila dah taklim terakhir neh, nak nak bila part akak akak tue semua bagi nasihat. Bila dah tak jadi setudent neh, dugaan dia makin besar.
Biasanya Allah akan uji, kebergantungan kita terhadap rezeki Allah. Masa belajar takpelah ada orang sponsor semua kan, neh bila kita sendiri dah kerja, macam mana kita nak yakinkan dalam hati kita, Allah yang bagi rezeki, bukan makhluk.
Lagi akak akak tue pesa, selalu ingat kebesaran Allah, selalu sebut kebesaran Allah, buat taklim rumah, jangan tinggal. Kalau kahwin jangan lupa jemput, eh. Malu iteww.
Ya Allah, aku mahu terus berada di Johor, supaya selalu dekat dengan usaha agama, Amin :')
Thanks for reading this entry!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
awak memang comel vogue the vass sebab sudi komen entry kitee, muach! <3