Assalamualaikum.
Korang suka mandi air terjun? Aku baru suka, miahahaa. Sejak final year neh banyak sangat habiskan masa dengan alam ciptaan Allah, macam tengok pantai, air terjun, sungai, langit, awan. Sebab final year kan, takde budget sangat nak bersuka ria bershopping sakan, aha.
So, aktiviti kali neh, kitorang pergi Air Terjun Gunung Pulai II, dekat Pontian, Johor. Agak tragik perjalanan kali neh sebab asik sesat je. Dah la sesat, ada pulak Didi yang over confident neh, sampai banyak kali sesat -_- Takpe, Didi tetap comel, miahaha.
Owh by the way, aku dengan Didi naik scooter Yaya, miahaha. 6 orang yang lain naik kancil Lili.
Mula mula terlebih jalan kan, dah lah terlebih, masuk simpang salah, hampir nak sampai Kulai jugak la pergi, wakaka. Then dah rasa macam jauh sangat, patah balik, sebab tetiba Didi dah ingat kena masuk simpang kiri dekat dengan Kem Kaizen tue. So pergila kan, ternyata betullah firasat Didi tadi.
Bila dah masuk simpang tue, tetiba terlajak lagi sampai hujung dead end. Dah konpius lagi sekali. Patah balik lagi, jumpa la entrance berpagar. Didi cakap lagi kalau ikut firasat dia, masuk ikut situ, so masuklah. Ternyata betul lagi la firasat beliau.
Then start masuk gunung tue, tersalah masuk simpang masa dalam hutan pulakkk, dugaan betul! Kitorang tersalah ambik pathway untuk orang jungle trekking. Didi, Shikin dengan Nas la paling jauh jalan, sampai penghujung pagar, sampai jumpa babi hutan lagi 2 ekor, isy3x. Then patah balik, sebab adik Didi cakap, tadi patut ambik simpang kanan. So patah la balik lagi.
Penat kemain trekking secara tak terancang neh. Terduduk kau Jah.
Biarkan aku pergi. Aha.
Call Che ah cenggineh.
Yaya dan air dari Arked Meranti.
Bila dah patah balik tue, dah terlebih jalan lagi, dah nampak air terjunnnya tapi macam bukan kan, rupanya memang masuk ikut situ je, Bila ke depan depan lagi, baru la jumpa air terjunnya.
Hampir nak ke 2 jam jugaklah kitorang trekking. Paling best, korang pernah jumpa orang jalan dalam hutan trekking pakai skirt? Miahahaha. Yaya pakai wedges, aha. Tak sangka Allah nak bagi trekking kan :p
Dah selamat jumpa air terjun, terus tak tunggu tunggu lagi, berkubang terus. Aha.
Nasi lemak yang Syu belanja, yeay! Allah bagi rezeki :D
Sikit lagi nak nampak air terjun :p
Tadaaaa~ Nampak tak?
Saja letak gambar Yaya yang neh, sebab nampak cantik. Ke sebab tak nampak muka tue nampak cantik? Miahaha.
Amboi bahagia nau sejak dah habis degree neh.
Sabotaj Nas, miahahhahaha.
Nampak bonding nya :p
Walaupun penat trekking secara tak dirancang cenggitu, tetap rasa seronok sebab dapat main air terjun & hangout dengan kawan kawan sebelum masing masing bawak haluan masing masing lepas neh. Sedih jugak bila fikir fikir pasal perpisahan neh :'(
Thanks Air Terjun Gunung Pulai II for having us! Miss you already!
Thanks for reading this entry!
aiyo jealous nya sebab dah lama tak p waterfall
BalasPadam