Memaparkan catatan dengan label taklim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label taklim. Papar semua catatan

Ahad, 16 Jun 2013

Aktiviti Habis Degree Part 3 : Taklim Terakhir (Sebagai Student)

Assalamualaikum.

Hari neh macam biasa, taklim mingguan dekat Taman U. Apa yang paling istimewa kali neh, sebab inilah taklim terakhir kitorang sebagai student. Lepas neh dah tak student dah, kuat sikitlah cabaran nak pergi taklim. Mesti akan ada sibuk dengan duniawi, dengan kerja semua. Macam manalah nanti agaknya ya -_-

Yang lagi terharu, akak akak dekat taklim tue, buat makan makan sempena kali terakhir kitorang kat sana, rasa terharu sangat, MasyaAllah. Walaupun kitorang bukan siapa siapa pun, setakat pergi taklim mingguan je, yang kadang kadang pun tak pergi, tapi diorang tetap ingat kat kitorang.

Bila Kak Nana cakap, 

"Okay hari neh kita ada makan makan sikit, sempena adik adik kita yang UTM neh dah nak habis belajar, insyaAllah la diorang semua akan bertebaran ke seluruh alam, menyebarkan agama Islam."

Allah , Lili dah selamat menangis dah masa tue, Didi tahan, aku pun tahan, cool Suzie cool, kena ada wakil yang tak menangis sorang.


Okay kita mulakan dengan gambar Lili la kali neh :p


Neh Anas, yang baru umur 6 bulan neh, semangat!


Comel? Pernah nampak kat mana mana tak? ihik.


Comelnya Subhanallah, geram! 6 bulan pun dah besar cenggineh. Allah bagi sihat kan, susu ibu je neh.

Akak akak taklim masakkan kitorang nasi warna kuning, dengan kari ikan tongkol, ada popia, ada keropok, tembikai, air semua, MasyaAllah, rezeki Allah kan. Paling best, makan cara sunnah, dalam dulang, dengan sapra sekali. Sapra tue, kain alas dulang tue :)



Tadaaa, neh dia sapra :)














Nah adik Nas, haha. Macam mana boleh sama muka macam Nas entah, aha.



Kawan kawan kita :) Owh, dengan baby Anas :p


Neh anak Dr Mazlan, tuan rumah taklim kitorang selalu pergi :)


Neh Zainab :)


Neh Zubair :)

Zainab dengan Zubair neh kembar tau. Yang lucunya, mak diorang cerita, masa scan nampak sorang je, bila lahir baru tau kembar, kalut carik baju semua, :p


Neh pulak, Muaz, adik Zainab dengan Zubair tadi :p


Zubair neh pulak, rapat dengan Shikin, Shikin dukung je mesti melentok je kepala dia kat bahu Shikin. Keibuan Shikin neh. Biasala, anak perempuan sorang kan.











Sedih jugaklah bila dah taklim terakhir neh, nak nak bila part akak akak tue semua bagi nasihat. Bila dah tak jadi setudent neh, dugaan dia makin besar. 

Biasanya Allah akan uji, kebergantungan kita terhadap rezeki Allah. Masa belajar takpelah ada orang sponsor semua kan, neh bila kita sendiri dah kerja, macam mana kita nak yakinkan dalam hati kita, Allah yang bagi rezeki, bukan makhluk.

Lagi akak akak tue pesa, selalu ingat kebesaran Allah, selalu sebut kebesaran Allah, buat taklim rumah, jangan tinggal. Kalau kahwin jangan lupa jemput, eh. Malu iteww.

Ya Allah, aku mahu terus berada di Johor, supaya selalu dekat dengan usaha agama, Amin :')

Thanks for reading this entry!

Rabu, 27 Mac 2013

Iman & Mati.

Assalamualaikum :)

Rasa diri free sangat kan, buatlah entri ini, kurang kurang kalau orang baca, ada jugak kebaikkannya, InsyaAllah :)

Syarat mati adalah hidup. Bukan tua, bukan sakit, tapi hidup. Dan semua orang ada syarat neh, semua orang hidup. Bila kita dah ada syarat neh, dah ready ke kita nak balik kepada Pencipta kita? Aha.

Perkara palin penting itu Iman, lebih penting daripada harta, duit, kereta etc. Kalau kita mati, takde duit, takde kereta, takde harta, Allah tak marah. Tapi kalau kita mati takde Iman, macam mana kita nak menghadap Allah SWT? 

Harga Iman sebesar zarah, Allah bagi syurga seluas 10 kali dunia. Itulah dia kalimah  لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ (Laa Ilaha Illallah) yang Allah bagi free je kat semua manusia, kalimah Iman yang kita dah janji dengan Allah SWT kita nak pikul sebelum kita dilahirkan dulu. Kita pernah jumpa Allah semasa sebelum dilahirkan dulu, sebab tue kita sangat terkesan bila melihat benda benda indah :)

So jom layan lagu neh, penyanyinya seorang Karkun (orang yang buat usaha dakwah) :)



Sabtu, 9 Mac 2013

Bila Kita Tak Kenal Nabi SAW

Assalamualaikum.

Kita hari neh memang tak mengenal Nabi kita sendiri kan. Kenapa gua cakap macam tue? Sebab kita tak ikut pun sunnah Nabi kita. Dahlah tak ikut, main kutuk lagi kot sunnah Nabi kita. 

Contohnya macam simpan janggut bagi lelaki kan. Simpan janggut kan sunnah Nabi SAW.Ramaaaaai sangat aku rasa orang orang yang meremehkan dan menganggap janggut neh nampak tak kemas la, serabai la, bagai bagai lagi la.

Ciri ciri lelaki idaman kite yang latest :p

Tapi kita neh yang ignorant sangat nak ambik tau yang simpan janggut tue sunnah Nabi SAW, sunnah pulak pasti dan pasti bagi kejayaan kat kita kalau kita ikut.

Neh tentera tentera kita lak takleh simpan janggut, macam mana nak menang perang neh? Sunnah Nabi SAW kita sendiri pun kita tanak ikut. 


Saudara saudara gua yang Islam, jomlah mengenal Nabi kita, InsyaAllah Baginda akan kenal kita di akhirat esok esok :)

Thanks for reading this entry!

Sabtu, 2 Mac 2013

Berusaha Ke Arah Lebih Baik

Assalamualaikum :)


Kita kena sedar yang kita hidup kat dunia neh, atas ihsan Allah SWT, jadi kenapa kita nak langgar semua perintah Allah SWT kan?

Dunia neh Allah SWT kata, takde nilai walaupun sebelah kepak nyamuk sekalipun, sebab tue barang siapa meminta dunia, maka Allah akan bagi, sebab dunia neh umpama bangkai sebenarnya, kerana dunia itu lebih indah. 

Fikir fikirkan dan selamat beramal!

Thanks for reading this entry!

Isnin, 25 Februari 2013

UTM Berselawat 2013.

Assalamualaikum :D

Gembira hari neh. Sebab?

Teaser dulu :p







Nah layan video sekali :D

Ya, ada event UTM Berselawat, dah penutup dah hari neh. Gua pun pergi yang thalaqi dengan Tausiyah je, aha. Ala, pagi kan pergi taklim, sorang sorang. Sebok complain kat akak akak tempat taklim yang bebudak neh semua pergi Forum Selebriti, nak jumpa Ustaz Don Daniyal, ehek.

So, full house ah event penutup yang Tausiyah tue. Tak caya? Amik amik.






Ustaza Don memang handsome sangat kot kalau face to face cenggitu, and he acted cute in such an adorable way. Tuan Habib Ali Zaenal Abidin pun sangat mencairkan hati perempuan. Lembut je dia cakap, halus, menenangkan hati semua. 



Dewan UTM kan besar yang DSI tue, main hall la kiranya, ada 2 tingkat, tue pun penuh. Gua and the gang pun duduk kat tangga. Tangga pun tangga lah, bukan senang Allah nak pilih pergi majlis majlis ilmu neh :D

Alhamdulillah, Allah pilih UTM jadik singgahan para ulamak, macam Tuan Habib cakap, kalau diibaratkan dengan hujan, tak putus putus dah rahmat turun dekat UTM neh sebab dari pagi lagi penuh dengan para ulamak, majlis ilmu semua, Allah.

Mudah mudahan, Allah pandang lagi kan UTM neh, InsyaAllah..

And gua rasa macam dah selesa kot dengan imej sekarang, Alhamdulillah :D Semoga Allah pandang niat aku  neh :D


Awk awak semua, doakan saya tau, supaya saya istiqamah :D


Thanks for reading this entry!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...