Memaparkan catatan dengan label makanmakan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label makanmakan. Papar semua catatan

Jumaat, 4 September 2015

My Lepak Place : Bubbles & Bites Genting Highlands

Assalamualaikum~

بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم ~

Hari neh rasa nak lunch makan Italian sikit, Western sikit, so head up to one of our favourite place in Genting Highlands, Bubbles & Bites. Nak cakapnya neh tempat lepak kitorang, the restaurant crews pun dah kenal kitorang, kalau lama tak pergi, mesti tanya kenapa lama dah tak datang. Friendly betul mereka semua. Ihik.

Kitorang dah tak datang sini lepas aku diet Atkins. Dalam 2 bulan jugakla gamaknya. Lepas dah tak diet Atkins, start nak makan sini balik. Sebab makanan dia sedap! & of course sebab they serve us good service. Tapi kalau aku, aku suka Spagetti Aglio Olio, macam biasa la kan. Mihmihmih. But the burgers and pizzas are great as well. Simply Fresh Burger kalau aku selalu order. Then Kirin & Eno prefer macam lasagna ke breakfast set ke gitu. Tapi, Kirin pun suka order dessert, macam butter bread pudding & cakes.






The food portion there are quite big, kalau rasa bukan a big eater, boleh share & still rasa kenyang. Range harga, mungkin standard harga Genting, Aglio Olio dalam RM34, Black Coffee pun RM15. Kitorang kalau makan apa apa pun mahal atas neh, so the price do not really bother us anymore. Bukan berlagak ek, korang try la hidup kat atas neh setahun, paham la nanti.

Belanja gambar kami semua! Miahahhaa.








& someone is leaving Genting. Soon. Sedihnya. T_________________T Bila nak sampai turn aku neh. EHey nak jugak sebok hal orang.

Thanks for reading this entry!

Regards,

Suzie


Rabu, 26 Ogos 2015

My Lepak Place : Coffee Bean Resort Hotel Genting Highlands + Someone Turned 24

Assalamualaikum~

بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم ~

Hi Everybunny. Ehey sebok nak everybunny macama Shila Amzah plak beliau. 

Long story made short, last Saturday, bersamaan 28th of August adalah birthday Kirin. Dari birthday Eno (January) ke Birthday aku (March) ke birthday Kak Ita (July) and birthday Kirin (August), one of us have to buy the other person's birthday a cake for their birthday. Walaupun our circle sangat kecik, 4 orang je, we celebrate none the less. 

However, disebabkan Kirin's birthday was the last birthday to be celebrated this year, the preparation done was kinda sloppy. 27th malam aku dengan Eno beriya nak buat surprise la apa la nak ajak Kirin pergi lepak lepas nyanyi lagu birthday kat dia pukul 12 malam la, all fail. Aha. Aku lupa yang aku neh jenis tidur awal, pukul 9.30 malam dah mengantok macam tak tidur 14 haru 14 malam. 

So terpaksala esoknya baru celebrate. Disebabkan antara semua Kirin adalah yang paling cool, we decided to pretend like we didn't remember her birthday. LAgi teruk, beliau pun tak ingat birthday beliau. 

So masa nak pergi lunch, on the count of three, aku, Eno dengan Alin (our favourite trainee) sang the birthday song to her like crazy! miahaha. Tak nangis plak dia. So terus pergi Coffee Bean, makan cake.



The very rare human being. Manusia paling rare aku pernah jumpa. The birthday girl. Kirin. Shakirin Suhaila. Shakirin Suhaila Md Fauzi. Dah 24 pun macam neh lagi. Isy isy isy. Dan isy lagi.

Yes, prop neh beli dulu masa birthday Eno, reuse je miahahha. Hujung hujung bulan nehhh.





I orderd her 2 cakes. Orange apa ntah yang dapat anugerah cake of the month the chocolate cake (nama general, nama specific lupa, miahaha).



Okayla tu si Kirin neh happy sampai lupa dunia. Aha. The thought that counts, I guess. Aha.

& kenapa aku cakap Coffee Bean neh one of my Lepak Place? Sebab I loveeeee cofeee. Mahal? Saudara saudari cikebom cikebom, nama pun aku neh kerja kat puncak Genting Highlands neh, memang la tak banyak pilihan. Tak boleh memilih. Nak ambience best, nak lepak sambil borak borak, mengopi, makan bagel, makan muffin, okayla. Walaupun staff perempuan dia macam tak peramah sangat. Aha. 

Tapi aku tetap jugak suka datang lepak sini. Entah kenapa. Macam cinta itu buta, macam tu la perasaan dia. Mungkin jugak secara logiknya it makes sense untuk seorang perempuan pergi lepak sorang sorang than for her to lepak sorang sorang dekat Mamak, am I right?

Lagipun tak mahal sangat la. Usually aku kalau tak lapar sangat, ambik breakfast set je. yang snack + black coffee free. Ala nanti mintak la susu, jadi la latte. miahahahhahaa. One of the trick learnt from Kirin. Kalau macam Bagel + Black Coffee baru 13 ke 14 ringgit. okayla kot eh? 

But I once tried the Mushroom & Salmon Aglio Olio dia, MasyaAllah teruk bebenor rasa dia. Tasteles. RM21 paling merugikan aku pernah guna.




Other than that, dish lain semua okay la. Yang berasaskan roti, semua okay. Pancake pun okay. Smeua okay la. Yang neh je teruk.

Okayla. 

To : Kirin,

Semoga Allah jadikan kau manusia yang lebih baik, perempuan yang lebih baik serta kekal cool sampai bila bila. Walaupon hubungan kita sempoi je, I do feel lucky that I have a frind like you. Tapi cukupla sorang je macam neh. Miahahaha.

On the side note, I too want to share my OOTD as well as my make up for Kirin's Birthday! mihmihmih.





Regards,

Suzie


Isnin, 6 Julai 2015

Tempat Makan Best Wangsa Maju : U-Cafe Wangsa Walk

Assalamualaikum

بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم ~

Last Saturday was Kak Ita's birthday. Kitorang plan kemain nak buat video la apa la nak surprise Akak dekat site la apa la but all fail. Aha. Asik semua orang busy je nak buat video apa. Akak pun mula mula nak jumpa hari Ahad, tapi ditakdirkan Allah, dibukakan pintu hati Akak untuk jumpa kitorang hari Sabtu which is hari Birthday beliau.

Disebabkan Akak dekat Putrajaya sana, and kitorang kat Genting Highlands sini, we had to opt for a meeting point, maksudnya kena jumpa kat area tengah tengah la. Sebab kan jumpa masa bukak puasa, dah malam, karang nak drive karang masa balik penat pulakk.

So kitorang pun decide la untuk berbuka puasa kat U-Cafe Wangsa Walk atas dasar masa aku google tempat makan best area Wangsa Walk, yang dekat page 1 google tu semua keluar pasal U-Cafe neh. Gambar makanan pun cantek. So it's a deal already. Disebabkan ini bulan puasa, I thought we should place a reservation, kang penuh pulak. So call la Rachel (019-313 3668). Nak lagi best, book la upper floor dining hall tau, macam kitorang, sebab kat ground floor macam packed je aku tengok.


Ini la dia Kak Ita kesayangan kitorang. Nampak muda kan. We were celebrating her 38th birthday okay last Saturday. Aha. Single lagi, kalau nak cuba nasi, silalah emel aku miahahaha.

The food there? Seday!

We ordered lotsa food, but since aku dah mature agaknya, takde plak rasa nak snap gambar makanan semua tu, but still berpandukan resit, aku usahakan la google semua gambar makanan yang kitornag makan. We ordered a total of 7 dishes and 4 drinks. 


Enor Order the Apple Crush and dia cakap sedap. (Sumber Google)


We agreed to order the infamous Combo Platter. Deep fried food mana ada yang tak sedap kan? (Sumber Google)


Enor's Classic Chicken Carbonara & they all said it was delicious. (Sumber Google)


Kirin's Combo Egg Yolk Butter Chicken Season Vegetables in Yam Basket. The rice was sticky, bukan macam normal rice yang kita makan hari hari tu. (Sumber Google)


& Mine was Spaghetti Aglio Olio with King Prawn. Dalam gambar kemain besar udang dia, sampai sampai macam neh nasibnya? Nasib baik sedap. Atau mungkin Aglio Olio mustahil untuk jadi tak sedap?

Kak Ita order Spicy Arabiata Spaghetti with Smoked Cihicken and Ice Kacang as well as Deep Fried Chicken wings, semua sedap. Aha. Apa neh Suzie semua sedap. The Ice Kacang nampak je bodoh pucat cenggitu, tapi sedap.


As you can see that our table was really full with foods. Semua tak beringat masa order. Owh in that Black Big Bowl is Spicy Beancurd in Szechua Style which I never tried. Aku tak makan beancurd hahaha. Kirin's drink was Lychee Green. Mine macam biasa la Black Coffee + Equal beberapa bijik. Aha.

Overall U-Cafe neh okay la untuk table talk macam kitorang nak minum minum makana makan sambil catching up with each other. Environment okay, the staff was nice mungkin sebab adik adik lagi agaknya. The price? Semua sekali tu, a total of RM216.75. Mungkin sebab kitorang makan nak Western aje semua, sebab tu la kot mahal sikit. Kalau order yang tekak Melayu murah sikit kot, belas belas ringgit jela. Kalau Western semua start dengan nombor 2 la kat harga dia macam RM26.90 cenggitu. Aha. & Tayah la order what I ordered, the Aglio Olio with King Prawn, RM34 something harga dia. Baik amik seafood Aglio Olio je. Okay? & they still charged us the 10% Service Tax. Mana tau korang dah kenyang makan nanti tetiba marah plakkk kena charge 10% Service Charge.

We request the staff to served us cake (Kak Ita's Birthday Cake of course, daaaa), & they did. Kitorang dah beli awal awal la Kek tu aha. Tinggal diorang serve je. Masa nak serve pulak, boleh lilin hilang pulaakkkk ropa ropanya Shakirin Suhaila tertinggal dalam kereta. Dasar Shakirin Suhaila. So the staff said takpe nanti saya tengok kat bawah ada ke tak. Mungkin tak bernasib baik, takde lili. So celebrate birthday Kak Ita tanpa lilin. Aha. Masa diorang nak serve cake, siap pasang lagu Happy Birthday lagi. Nasib baik masa tu dah takde orang, U-Cafe tu kitorang yang punya miahahahahaha.


Yang Kak Ita Chantek tu mestila kitorang yang request kan. AHa. Baik staff kedai kek tu, tambah 1 keping coklat sebab nak tulis. Kalau kedai lain mesti dah cakap tak boleh punya.


We Bought the cake dekat kedai kek area Danau Kota, depan KL Festival City je, murah woi. Kek cantek macam tu RM35 je woi. Sedap. Tapi manis sikit, mungkin sebab aku dah tak amik gula sekarang, kalau manis je rasa manis sangat. Aha.


& Kak Ita cakap aku dah kurus. Miaahahahahahahhaha. Okay pagi tadi timbang still 59.1kg. Okayla tu woi aku dah tak diet dah, cuma still tak amik ais & gula. Nasi kerabu nasi dagang nasi kukus semua dah bedal. I call it a one-meal-a-day-diet-plan miahahaha padahal sebab puasa sebab tu makan sekali sehar je. Setakat neh okayla, tak naik balik berat.


Kirin  macam biasa la. Semua gambar dia tak senonoh.


& Tak tau kenapa Enor requested to pose like this aha.




















& Ini adalah hasil gambar daripada handphone Enor, Oppo Find 7 guna beauty shot. Woi cantek sangat neh woi.

Begitula cerita Birthday Kak Ita.

To Kak Ita, kitorang doakan Akak sentiasa happy & jumpa jodoh yang boleh membimbing akak ke jalan yang diredhai Allah, aminnnn. We love you truckloads Akakkkkkk!

Regards,

Suzie


Ahad, 20 Oktober 2013

The Pre Convocation Day.

Assalamualaikum.

Almost 4 bulan lepas, gua ended my degree study. And unofficially became a graduate Quantity Surveyor of Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Jadi, lepas habis belajar dengan segala tekanan serta permainan perasaan, mestila nak konvo kan? Aha. Disebabkan konvo will only happen on 28th October, we had our very own Pre Convo among ourselves. Seperti mana yang gua selalu gembar gemburkan kat blog hamba neh, geng gua ada 8 orang, tetapi memandangkan 3 orang lagi jadik orang Key Ell, tinggallah kami 5 orang kat Jay Bee, so Pre Convo gua, hanyalah menampilkan kami 5 orang je. Yeah it does feel incomplete from certain aspect, but the 3 of them are always with us, in our heart. Miahahha sweet tak sweet tak :p

Jadik ceritanya, semalam (19th October 2013) adalah hari pengambilan jubah konvo. Start pukul 9 pagi sampai pukul 12 tengah hari duration nya. Disebabkan kitorang kat Jay Bee, takde masalah la nak ambikk jubah konvo, setakat tumpang Didi je pergi amik kat UTM terchenta sana tue.

Kitorang plan nak pergi lepas Subuh je, beratur kan, hajat nak jubah saiz S kan. Tapi gerak dari Plentong, 7.43 pagi jugak. At least lagi awal la dari pergi kerja, aha. Memang betul start ambik jubah pukul 9, dalam pukul 10 ke pukul 11 gitu dah siap pun. Takde la lama sangat pun ambik jubah konvo neh, kejap je. Kaunter banyak kot, ada dalam 6 kaunter jugak semalam. And gua dapat jubah saiz M.

Kitorang memang fikir nak ambik ambik gambar dengan jubah tersebut lepas ambik, tapi kamera Yaya tetiba memori card is locked, aisehman. Kecewa sangat, kitorang terus pergi Arked Meranti untuk melampiaskan nafsu makan, rindu kottt makan kat Arked Meranti, 3 tahun kott makan kat situ.


Dekat Arked Meranti jela dapat makan nasi dengan peha ayam goreng besar gila macam neh, RM3. Kopi ais pun RM1.30 je. Rindu oi makana murah cenggineh!



So dah kenyang, kitorang buat keputusan nak jalan jalan, dah alang alang sampai Skudai terchenta neh, singgah lerr Sutera Mall. Tempat paling best nak shopping, murah dan cantik. Bagi gua la. And kat sini jugaklah, Yaya pergi check kamera beliau, kenapa memori dia locked cenggitu. So ending dia, orang kedai kamera tue cakap, kena virus. So beli memori baru, So kitorang pun boleh ambik gambar, miahaha.


Testy jam RM10 neh, teringat jam Levis gua suatu ketika dahulu yang keras tue, yang macam pembaris, then bila kita nak pakai, dia membengkok ikut tangan tue~ Tapi jam tue hilang, kena curik sekali dengan laptop gua dulu.


Nampak? Ada 1 part tudung yang gua tak iron, ditakdirkan pulak, bahagian tak iron tue, dok depan. Miahaha redha je.



Tengok tengok je, tak beli pun, aha.


Yaya jadikan gua nampak macam gergasi. -_-


Okayla, gua rendahkan diri :p


Atas escalator pun bisa dong. aha.


Disebabkan kamera Yaya dah okay, kitorang buat keputusan pergi ber Pre Convo kat Danga Bay! Yeay!



Tadaaa! Degree kat UTM memang jubah dia warna maroon, and untuk student FAB, yang kat leher tue warna purple, ikut warna thesis kitorang kot. Aha. FKA lak warna hijau gua rasa. Lau untuk master, jubah warna hitam. Bergaya gitu. And jubah saiz M gua looking good there :P



Didi dan jubah saiz S beliau.


Memang tak disarankan pakai tudung warna maroon ye adik adik kalau dah jubah warna maroon cenggineh, ihik.


Lili pun pakai jubah saiz S.


Syu pun tak ketinggalan dapat jubah saiz S jugak.


Semua pakat risau mortar board terbang ke laut, haha.


Waiting for our another 3 to fill in the spot. Sebab tue ada ruang banyak kat tepi tue :p


Then Didi secara tiba tiba ajak pergi bergambar kat Masjid Sultan Abu Bakar, masjid dekat zoo tue. Masjid yang cantek Nauzubillah tue.







Baling semuanyaaaaa, miahahhahaha.

Jemputlah datang konvo kitorang 28th October neh :)

Thanks for reading this entry!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...