Memaparkan catatan dengan label cakapcakap. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cakapcakap. Papar semua catatan

Ahad, 5 Jun 2016

My Addiction : Coffee (& Where did I get Them)

Assalamualaikum~


بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم ~



Hey mengkome semuaaaa. Lamanyaaaa tak menaip bloggg. Where have I been. Eh, where have I been? Aku pun taktau aku pergi mana. Mungkin takde banyak masa free sekarang. Ehey sembang. Sekarang cuti Sabtu Ahad takkan tak free lagi?

Disebabkan akak cuti Sabtu Ahad la akak neh menjadi semakin busy. Nak pergi JB la, nak balik KB la, kawan kawen la, akikah anak kawan la, pegi JB lagi, balik KB lagi sampaikan Che pun dah mula curious kenapa kadang kadang sampai 2 kali sebulan gua balik kampung. Dulu setahun sekali pun susah nak balik. 

Anyhoot, topic hari ini adalah kopi. Do you guys like coffee? Certain people likes coffee, the other certain plak suka tea atau chocolate. Suka kopi tak? Tak suka kopi boleh suka akak aje chia chia chia.

I am not very sure sejak bila aku suka kopi, tapi dulu dulu minum Nescafe je sebab aku orang kampung, kampung plak kat Kelantan, maka mana lah kenal beza kopi sebenar khenn. Then bila dah merantau belajar kerja semua barulah berkenalan dengan segala mak nenek kopi.


1. Kopi Ais Arked Meranti

Mula dekat Arked Meranti, UTM Skudai sana, kopi ais dia best tau. dulu dulu seringgit je. Sekarang RM1.30. Tapi dulu lagi sedap, mungkin sebab dulu hari hari minum aha.

Kopi ais Arked Meranti, kedai dekat belah ada TV

2. Starbucks

Lepas tu, start kerja kat Genting. Maka orang yang bertanggungjawab memperkenalkan kategori kopi seterusnya adalah Laila, ex-colleague aku. Kopi tersebut adalah berjenama Starbucks. Aku ingat Starbucks neh high-end la, mahal, masa mula mula tak kenal dulu. Bila dah sekali pergi, eh, I can manage to drink this often, so I actually did hahahahaha. 

Tapi lepas kena jenama kopi lain lepas Starbucks, I did feel yang kopi Starbucks neh manis lebih sikit. That should answer why youngsters nowadays suka Starbucks. Even the Espresso Frappuccino yang double shot pun still manis lagi.

 I could celebrate lotsa things dekat Starbucks. My birthday, others' birthday, menenangkan pengantin sebelum bersanding, pergi makan teppanyaki, pergi baca buku tiba tiba even to a sudden catching up session. Kenapa? Sebab Barista kat Starbucks adalah Barista paling friendly, paling membantu, paling seronok, paling best semua la. Tak pernah lagi pergi Starbucks mana mana yang Barista dia berlagak, Mungkin sebab diorang semua muda muda, so they are all fun to be with. Aha. 

My usual drinks there are of course, Caramel Macchiato (ada Frappe dah sekarang), Espresso Frappucino, and masa diet tak amik gula dulu ahhahahahaha adalah Latte (or Cappuccino untuk pahit sikit but still ada susu) ataupun Americano (this is only a black coffee)

Starbucks Ikano Power Centre (IPC)
Starbucks Genting Permai

Starbucks First World Hotel, Genting Highlands





Starbucks@Boarders The Curve
Starbucks Empire Damansara

3. Coffee Bean

Our next coffee place that I enjoy is, Coffee Bean. Dekat sini aku macam jarang minum air lain selain Americano. Entah eh kenapa. Tapi yang paling aku suka adalah bagel. Macam mana boleh tersangkut makan bagel yang plain & keras tu pon taktau la kenapa ahahahahaha. Kitorang kalau nak bersembang lama lama biasa Coffee Bean la. sebab seat dia macam selesa sikit la. Walaupun Barista diorang tak peramah sangat, tapi okayla.
Coffe Bean Setapak Central
Coffee Bean One Utama
Coffee Bean Resort World Hotel, Genting Highlands

4. San Francisco Coffee

Well, ini pulak sebab dekat bawah office aku ada 1 outlet dia ahahahaha. Alang alang ada kat situ, try la apa lagi. Sedap. Dia kurang manis so rasa kopi lebih sikitla daripada Starbucks. Aku selalu beli Extreme Buzz je situ. Tapi Barista diorang saaaaangat tak peramah serta tak membantu. Menu kopi diorang tu susah nak difahami, so we need explanation la kan apa Extreme Buzz apa Bay Bridge Sunrise apa Carmel By The Sea apa kan. Jawapan diorang kopi la. Ehey mendatangkan marah. Tapi kopinya sedap. Itulah. Selalu aku take away jela, tak melepak situ. Benci, tapi nak beli sebab sedap. Boleh imagine ke sedap macam mana?



5. Eman Air Goncang

Ini plak jenama kopi kawan aku ahahaha. I make myself as diorang punya duta, can you imagine that? Apa best air diorang? Sedap dan murah. Tak manis sangat. Tahan 5 jam Aha. Kenapa murah? sebab diorang jual air yang big cup biasa orang jual RM5 tu, RM3.50 je. Haaaa murah kan? Diorang pun ada jual barang barang untuk berniaga air neh, yela macam perisa perisa air tu, cup, paperbag, gelas flask semua. Apa? Untung ke jual air RM3.50 untuk big cup tu? Diorang kumpul duit kawen dalam masa sebulan je ha dengan jual air harga macam tu. Mestila untung kan.

Cuma 1 jela, diorang meniaga kat Kuala Lipis sana ha. Tiap kali aku balik Kelantan baru boleh singgah ha. Tapi singgahhh, sebab sedap kan.




6. Baling & CO

Ini pulak, baru sekali aku beli, tapi sampai hari neh tak hilang rasa dia. Dia jual Vietnam Ice Coffee. Mula mula beli I thought it would just taste the same macam kopi kopi tepi jalan yang biasa aku beli. Sekali minum, pergh kaww dia lagi lain macam, Sedapppp. Paling kecewa sebab pergi sekali lagi nak beli hari tu tapi dah habis. Apadia pukul 2 dah habis. Start meniaga pukul 11. Dahla jauh kat Bangi sana. Gua dari Damansara semata mata pergi Bangi sebab nak beli kopi dia, kopi habis, T__T

7. dr. Cafe Coffee

dr. Cafe Coffee neh baru pergi sekali, tapi dia lagi sedap daripada San Francisco Coffee in terms of rasa. Espresso Frappuccino dia lagi kaww daripada Espresso Frappuccino Starbucks. Interior pon cantek, selesa untuk bersembang lama sebab seat dia selesa. 10/10 would come again, cuma outlet dia tak banyak kan, so kena fikir fikir untuk pergi. Campur hari malas drive semua maka takde kesempatan nak pergi lagi.

dr. Cafe Coffee Kota Damansara (Depan The Strands)





8. Espresso Lab

Espresso Lab neh pun pergi sekali je sebab tiba tiba rasa nak mengopi lepas makan Teppanyaki dengan Kak Ita kat Ikano. Jalan jalan nak cari Samyang Ramen kat Cold Storage, pastu tiba tiba nampak ada Espresso Lab kat tepi dengan sofa yang selesa Nauzubillah maka Kak Ita pun ajakla mengopi situ. Ternyata pilihan yang tepat sebab sedap! Kitorang try Melbourne Ice Coffee dengan ape ntah 1 lagi, yang penting sedap aha.



9. Serta kopi kopi lain yang aku boleh nampak masa drive atau jalan jalan

Aku tak berkira sangat kat mana kopi tu dijual, asalkan sedap. Thai Ice Coffee Boat Noodle, atau Thai Ice Coffee Gelaih dekat depat Ilham Nasi Kukus Mutiara Damansara etc. Kopi jalanan yang famous macam Pirate Cofee (Tawar sangat, kopi tak rasa, susu tak rasa) atau Overdose (manis sangat dengan rasa gula) tu, bagi aku takdela sedap mana. Sedap lagi kopi kopi biasa lain yang dijual kat pasar malam atau yang takde branding. 
Pirate Coffee dekat Wangsa Melawati
Overdose Uptown Kota Damansara
Kopi Paperbag dekat Pasar Malam Jalan Mustapha Kota Bharu
Kopi paperbag dekat bandar Kota Bharu

Begitulah cerita kopi gua. Aha. Sebab tu entri kali ini bertajuk My Addiction : Coffee. Neh bukan level suka atau level Coffee Lover, neh level Coffee Addiction. It makes me happy, At least I know what makes me happy.

Sekian untuk kali ini.

See ya next time!

Regards,
Suzie


Ahad, 20 September 2015

Terapi Dewasa : Aktiviti Mewarna

Assalamualaikum~

بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم ~

Bila dah dewasa neh, kita mudah stress, depressed, but stil have to well dressed. Girls' code. So we need therapy to ourselves. One of the rising famous method of therapy is the coloring therapy. For adult, of course.

Sebab dah agak famous, there's even colouring book for adult sold everywhere. Kinokunikiya, MPH etc.


Inilah dia antara contohnya. It is more complicated that children's colouring books, the lines are thinner, the detail are smaller, etc.Ada banyak theme, boleh pilih abstract, animals, mungkin kalau nasib baik boleh jumpa make up ke kasut ke handbags ke khennn :p

However, since those books are quite expensive for me, the cheapest is RM29, hence I came out with a cheaper solution. Ahah. Thank you.

I googled colouring templates for adult. Yeheeee~

Tadaaaa google je dah keluar, so korang boleh la print, & warna je. Print la berapa banyak korang nak, warna la sesuka hati korang. Baru berapa sen.

Setakat neh I do love this kind of therapy. It does relieve your depression away.

These are mine :D






Aku suka buat background hitam, mungkin pemilihan warna pun ikut kita punya perasaan pada masa itu jugakla kot. 


 Coloring has been said to be able to help you 
achieve mindfulness, banish anxiety, and even
 deal with trauma. Some of the books 
explicitly label themselves as “art therapy.”

In simplest terms, coloring has a de-stressing effect because when we focus on a particular activity, we focus on it and not on our worries. But it also "brings out our imagination and takes us back to our childhood, a period in which we most certainly had a lot less stress." This leads us immediately and unconsciously to welfare, exposes the specialist.

But still, the best way to handle stress is of course, to Allah we turn :)

Maybe you too can try this kind of thereapy :)

Regards,

Suzie



Ahad, 14 Jun 2015

How I Lose Weight : Diet Atkin

Assalamualaikum.

بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم ~

Asal asal aku dulu kurus. Walaupon korang tanak percaya, nah aku lampirkan bukti bahawasanya aku dulu kurus.



Yeap. I was that skinny and dark as well. Haih. Dulu berat 50kg ke 55kg je aku rasa.

Bermulanya aku start sambung degree dekat UTM, on the second year, aku dah start naik badan, berat naik mecanak canak. Pointer je yang aku mampu turunkan masa tu. Tak tau sebab musababnya yang netul, berat aku terus naik. dan naik. serta naik. 

Start kerja, langsung takde cahaya harapan untuk kurus. Yela, dah kerja, ada duit sendiri, and tak payah berkira kira untuk makan. Bedal semua. Sampaila berat aku yang paling gemuk adalah sekitar 70kg. Che dengan kakak aku la selalu condemn aku gemuk. Mentangla diorang kurus.

Serta aku lampirkan sekali lagi gambar masa berat aku sekitar 70kg itu.

 


 Woi apa neh woi lengan pun dah sama saiz dengan betis woi. 

Aku pun tak pasti apa yang telah terjadi pada suatu hari, gua rasa terpanggil untuk diet. Aku try tak makan nasi, tapi still makan benda merapu lain seperti roti dan biskut. Dengan kecewanya, berat tak turun. Bedal balik makan nasi.

Tiba tiba aku pun buatla research secara mendalam lagi pasala Diet Atkin. Rupa rupanya nak berat turun dengan cepat, tak boleh ambik karbohidrat dalam pemakanan kita. Had limit karbohidrat sehari adalah 20gm je. Selama sebulan setengah aku amalkan Diet Atkin neh, dalam 10kg jugak berat aku turun. lepas sebulan setengah tu, aku dah tak mampu nak diet Atkin lagi. Sebab aku nak makan donut, popia goreng, karipap kuih kuih macam tu la. Setakat neh aku makan nasik masa balik kampung hari tu je, then I contol my diet again. Aku makan kuih kuih je, nasik dengan mi still tak amik lagi. Latest timbang pagi tadi adalah 59.9kg. Aha. Lama tak tengok nombor 5 kat depan. 

So sekarang macam mana rupa aku?


Baju purple neh rasa macam 64kg.


Neh skirt biru neh rasa macam 62kg.


Dan inilah gambar paling latest ambik beberapa hari lepas masa balik kerja. Timbang plak pagi neh, 59.6kg. Sape tak happy woi. Sorry. Muka togel tak pakai mekap. Alah pergi balik kerja je pon. *Alasan*

What I like about Atkin Diet is that, ia mengecikkan bahagian pinggul serta peha dahulu. Kalau dulu pakai boyfriend shirt asik ketat kat pinggul, sekarang tidak lagi. Bahahaha. As a matter of fact, aku jugak telah berjaya bertukar ke seluar yang 1 saiz lebih kecik. 

Aku takdela strict sangat buat Diet Atkin, aku masak kemain sedap kot ayam masak merah ayam kari semua, tapi berpada pada la. Kopi aku amik ek. gula je tak amik. Aku minum kopi o kosong + Equal. Equal tu macam Stevia semua tu la. Disebabkan tak jumpa Stevia, Equal pon boleh la. Korang kena tau, kopi tu adalah sejenis fat burner. Kalau korang amik kopi, cepat jugakla berat turun. Cuma jangan amik gula atau susu atau krimer.

So sampai sekarang aku still minum kopi o kosong + equal, and takde amik gula kecuali gula dekat donut miahaha sape boleh tolak donut woi & mungkin sebab tu berat aku stil turun walaupon dah tak buat Diet Atkin. Tapi aku punya portion makan tu pon dah kecik la. Kadang kadang pagi makan kuih sebijik, tengah hari pun makan kuih sebijik, petang mewah sikit, 3 bijik kuih. Kopi plak 3 kali sehari aku amik. Gitewww.

Korang nak try Diet Atkin boleh, tapi korang mesti boring punya kalau tak masak. Aku yang peminat tegar ayam neh pun dah boleh rasa nak muntah makan ayam je untuk sebulan setengah tu. & satu je masalah Diet Atkin adalah, korang tak boleh cheat. Sekali korang cheat, 3 hari dia korang akan amik masa untuk turun berat balik. Sebab ketosis start 3 hari lepas korang tinggalkan semua karbohidrat dalam hidup korang. Sebab tu la takleh cheat. Tau? & perasaan nak start ketosis itu sangat stress sebab korang sakit kepala, penat semua. Tu semua sebab badan korang tengah cuba pecahkan lemak instead of karbohidrat untuk tenaga. Paham?

Kalau tak paham, bolehla beransur ansur ke blog BICIKUT nehhhh untuk korang lebih memahami apa sebenarnya Diet Atkin. Aha.

Apa lagi nak cerita.

Itu jela kot. Kalau ada sesiapa rasa nak tanya apa apa, boleh la komen kat sini ke email ke ape ke. Aha.




Till Then, belanja 1 gambar tuan blog. 

Regards,

Suzie


Ahad, 20 Oktober 2013

The Pre Convocation Day.

Assalamualaikum.

Almost 4 bulan lepas, gua ended my degree study. And unofficially became a graduate Quantity Surveyor of Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Jadi, lepas habis belajar dengan segala tekanan serta permainan perasaan, mestila nak konvo kan? Aha. Disebabkan konvo will only happen on 28th October, we had our very own Pre Convo among ourselves. Seperti mana yang gua selalu gembar gemburkan kat blog hamba neh, geng gua ada 8 orang, tetapi memandangkan 3 orang lagi jadik orang Key Ell, tinggallah kami 5 orang kat Jay Bee, so Pre Convo gua, hanyalah menampilkan kami 5 orang je. Yeah it does feel incomplete from certain aspect, but the 3 of them are always with us, in our heart. Miahahha sweet tak sweet tak :p

Jadik ceritanya, semalam (19th October 2013) adalah hari pengambilan jubah konvo. Start pukul 9 pagi sampai pukul 12 tengah hari duration nya. Disebabkan kitorang kat Jay Bee, takde masalah la nak ambikk jubah konvo, setakat tumpang Didi je pergi amik kat UTM terchenta sana tue.

Kitorang plan nak pergi lepas Subuh je, beratur kan, hajat nak jubah saiz S kan. Tapi gerak dari Plentong, 7.43 pagi jugak. At least lagi awal la dari pergi kerja, aha. Memang betul start ambik jubah pukul 9, dalam pukul 10 ke pukul 11 gitu dah siap pun. Takde la lama sangat pun ambik jubah konvo neh, kejap je. Kaunter banyak kot, ada dalam 6 kaunter jugak semalam. And gua dapat jubah saiz M.

Kitorang memang fikir nak ambik ambik gambar dengan jubah tersebut lepas ambik, tapi kamera Yaya tetiba memori card is locked, aisehman. Kecewa sangat, kitorang terus pergi Arked Meranti untuk melampiaskan nafsu makan, rindu kottt makan kat Arked Meranti, 3 tahun kott makan kat situ.


Dekat Arked Meranti jela dapat makan nasi dengan peha ayam goreng besar gila macam neh, RM3. Kopi ais pun RM1.30 je. Rindu oi makana murah cenggineh!



So dah kenyang, kitorang buat keputusan nak jalan jalan, dah alang alang sampai Skudai terchenta neh, singgah lerr Sutera Mall. Tempat paling best nak shopping, murah dan cantik. Bagi gua la. And kat sini jugaklah, Yaya pergi check kamera beliau, kenapa memori dia locked cenggitu. So ending dia, orang kedai kamera tue cakap, kena virus. So beli memori baru, So kitorang pun boleh ambik gambar, miahaha.


Testy jam RM10 neh, teringat jam Levis gua suatu ketika dahulu yang keras tue, yang macam pembaris, then bila kita nak pakai, dia membengkok ikut tangan tue~ Tapi jam tue hilang, kena curik sekali dengan laptop gua dulu.


Nampak? Ada 1 part tudung yang gua tak iron, ditakdirkan pulak, bahagian tak iron tue, dok depan. Miahaha redha je.



Tengok tengok je, tak beli pun, aha.


Yaya jadikan gua nampak macam gergasi. -_-


Okayla, gua rendahkan diri :p


Atas escalator pun bisa dong. aha.


Disebabkan kamera Yaya dah okay, kitorang buat keputusan pergi ber Pre Convo kat Danga Bay! Yeay!



Tadaaa! Degree kat UTM memang jubah dia warna maroon, and untuk student FAB, yang kat leher tue warna purple, ikut warna thesis kitorang kot. Aha. FKA lak warna hijau gua rasa. Lau untuk master, jubah warna hitam. Bergaya gitu. And jubah saiz M gua looking good there :P



Didi dan jubah saiz S beliau.


Memang tak disarankan pakai tudung warna maroon ye adik adik kalau dah jubah warna maroon cenggineh, ihik.


Lili pun pakai jubah saiz S.


Syu pun tak ketinggalan dapat jubah saiz S jugak.


Semua pakat risau mortar board terbang ke laut, haha.


Waiting for our another 3 to fill in the spot. Sebab tue ada ruang banyak kat tepi tue :p


Then Didi secara tiba tiba ajak pergi bergambar kat Masjid Sultan Abu Bakar, masjid dekat zoo tue. Masjid yang cantek Nauzubillah tue.







Baling semuanyaaaaa, miahahhahaha.

Jemputlah datang konvo kitorang 28th October neh :)

Thanks for reading this entry!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...