Khamis, 20 Jun 2013

Aktiviti Habis Degree Part 7 : Last Gathering Uols.

Assalamualaikum.

Practically hari neh hari terakhir kitorang bersama, sebab Syu pun dah naik bas malam neh :'(

Uols neh sebenarnya gabungan 2 geng, geng Spice Girls dengan Geng Buah kitorang la, sebab macam kamceng sangat, combine la, jadi la Geng Uols, aha.

So plan asal nak pergi Desaru, tapi memandangkan jerebu yang sangat teruk kat JB neh, sampai masuk Jusco pun ada jerebu, so plan was cancelled -_- Tapi tapi tapi, kitorang tetap buat gathering neh, memandangkan Didi dah masak semua, kereta pun dah sewa semua. So teruskanlah apa yang ada.


Ada nasik lemak, ayam goreng, mihun goreng, air bergas, miahaha. Cukup untuk sumbat perut kami 17 orang semuanya.

Lepas dah makan makan semua, kitorang pun plan nak jalan jalan la, takpelah tak dapat pergi Desaru pun, pergi tempat tertutup je, so Danga City Mall it is!

Let's go!




Danga City Mall neh, banyak permainan, ada bowl, ada archery, ada paintball, ada snooker, karaoke, macam macam la, so banyak pilihan kalau sesiapa suka main indoor activities neh. Harga pun berpatutan, and okaylah service nya.

Yang first thing kitorang try tadi, archery, ataupun memanah dalam bahasa Melayu nya. Sorang RM8 untuk 15 arrows, tapi kalau 3 orang, dapat RM20 untuk 48 arrows, so aku, Didi and Yaya yang nak memanah, kitorang ambik la set untuk 3 orang.









Suka gambar neh, ihik :p





Pengalaman pertama memanah neh, seronok! Tapi berat Nauzubillah. Tapi memanah neh, sunnah, belajar la sikit sikit :D Kalau kitorang yang kena memanah kat medan perang, Allah je tau apa jadi nanti, aha. Asik panah jatuh je dalam tue.

Then aktiviti kedua, bowling. Ala sebelah sebelah je pun archery dengan bowl.










Kiteee menang, 58 p0int, miahaha.



Husna, Lili, Syu, Shikin, Lin, Besah, Ecah, Fadz



Shikin & Syu



Ecah & Fadz



Owh I am so going to miss them, all of them!

& that's how I spent my last day as a students in UTM, with them whom I call friends :)

Aktiviti Habis Degree Part 6 : Attending Interviews

Assalamualaikum.

Bila dah habis degree, mestilah nak kerja, ye idok adik adik? Unless korang rasa mampu nak belajar, sambunglah Master Degree pulak, kalau rajin nak bersengkang mata bagai buat research lagi. A totally no no for me! Iteeww nak kerja.

So, kena la attend interviews, ye idok?


Mock Interview, alah interview jugak kan, miahahaha.


Interview dengan Firma Kontraktor.


Interview dengan Iskandar Waterfront, JQS International, JUBM dan JCEM.

Haha. Kenapa gua tak pakai baju kurung pergi interview? Mihmihmih. Sebab gua neh ekceli QS, berapa kali nak cakap kan. Bidang pembinaan pulak tue, kena pergi site, travel semua, so elemen ayu tue tak diperlukan sangat, ikut teori aku la, mihmihmih.

And last sekali, my second interview with JQS International :)


Alhamdulillah, after some familial heart to heart conversation, the five of us who were attendting the secon interview as well, dapat kerja kat situ, and for me & Didi, kitorang start the 1st of July neh, ihik. So tahun neh dah start beraya as a working person la insyaAllah :D



Tunggu turn interview.

Best tak best kau, lepas confirm je kerja kat situ, bos tanya, nak makan KFC ke, nak makan Nasi Lemak Senibong, or nak balik bawak haluan masing masing? Aku dengan Didi neh kan kanak kanak ribena lagi, so kitorang of course la nak makan KFC kan, tapi majority vote nak makan Nasi Lemak Seniboing, so ikutkan jela.

Kitorang berlima naik 1 kereta dengan bos, sebab bos nak tunjukkan office baru kitorang, so nanti kitorang start kerja, masuk office baru la, ihik.

Tapi sampai sampai je dekat Nasi Lemak Senibong tue, kedainya tutup and syukurlah ada kedai seafood kat situ, 6 Corner Senibong so kesitulah kitorang. Kitorang semua sekali 11 orang, bos, kitorang 5 orang, & the other colleagues 5 orang, so 11 orang semuanya.


Sumber Google
6 Corner Senibong neh, betul betul tepi laut, seberang tue dah Singapore.

Makanan dia best, tomyam sedap, udang sotong semua sedap! Cuma aku tak puas hati betul ketam tue. Isi melekat kat kulit, mesti sebab tak masak sangat. Dahlah King Crab, keras kot!












Paling takleh lupa, gua jatuh beb, jatuh depan semua orang masa bangun nak pergi basuh tangan -_- Bila nak insap la aku neh, asik jatuh merata tempat je. Tapi bos gentleman, tak ketawa pun, tak tanya apa apa pun, tapi senyap la kejap, 5minit lepas tue baru start bergurau balik. Habis tudung Besah kena percikan black pepper dari tangan aku, aha.

Cenggitu le :p

Thanks for reading this entry!

Rabu, 19 Jun 2013

Aktiviti Habis Degree Part 5 : Air Terjun Gunung Pulai II

Assalamualaikum.

Korang suka mandi air terjun? Aku baru suka, miahahaa. Sejak final year neh banyak sangat habiskan masa dengan alam ciptaan Allah, macam tengok pantai, air terjun, sungai, langit, awan. Sebab final year kan, takde budget sangat nak bersuka ria bershopping sakan, aha.


So, aktiviti kali neh, kitorang pergi Air Terjun Gunung Pulai II, dekat Pontian, Johor. Agak tragik perjalanan kali neh sebab asik sesat je. Dah la sesat, ada pulak Didi yang over confident neh, sampai banyak kali sesat -_- Takpe, Didi tetap comel, miahaha.

Owh by the way, aku dengan Didi naik scooter Yaya, miahaha. 6 orang yang lain naik kancil Lili.

Mula mula terlebih jalan kan, dah lah terlebih, masuk simpang salah, hampir nak sampai Kulai jugak la pergi, wakaka. Then dah rasa macam jauh sangat, patah balik, sebab tetiba Didi dah ingat kena masuk simpang kiri dekat dengan Kem Kaizen tue. So pergila kan, ternyata betullah firasat Didi tadi.

Bila dah masuk simpang tue, tetiba terlajak lagi sampai hujung dead end. Dah konpius lagi sekali. Patah balik lagi, jumpa la entrance berpagar. Didi cakap lagi kalau ikut firasat dia, masuk ikut situ, so masuklah. Ternyata betul lagi la firasat beliau.

Then start masuk gunung tue, tersalah masuk simpang masa dalam hutan pulakkk, dugaan betul! Kitorang tersalah ambik pathway untuk orang jungle trekking. Didi, Shikin dengan Nas la paling jauh jalan, sampai penghujung pagar, sampai jumpa babi hutan lagi 2 ekor, isy3x. Then patah balik, sebab adik Didi cakap, tadi patut ambik simpang kanan. So patah la balik lagi.


Penat kemain trekking secara tak terancang neh. Terduduk kau Jah. 


Biarkan aku pergi. Aha.



Call Che ah cenggineh.


Yaya dan air dari Arked Meranti.





Bila dah patah balik tue, dah terlebih jalan lagi, dah nampak air terjunnnya tapi macam bukan kan, rupanya memang masuk ikut situ je, Bila ke depan depan lagi, baru la jumpa air terjunnya.

Hampir nak ke 2 jam jugaklah kitorang trekking. Paling best, korang pernah jumpa orang jalan dalam hutan trekking pakai skirt? Miahahaha. Yaya pakai wedges, aha. Tak sangka Allah nak bagi trekking kan :p

Dah selamat jumpa air terjun, terus tak tunggu tunggu lagi, berkubang terus. Aha.




Nasi lemak yang Syu belanja, yeay! Allah bagi rezeki :D




Sikit lagi nak nampak air terjun :p



Tadaaaa~ Nampak tak?




Saja letak gambar Yaya yang neh, sebab nampak cantik. Ke sebab tak nampak muka tue nampak cantik? Miahaha.


Amboi bahagia nau sejak dah habis degree neh.



Sabotaj Nas, miahahhahaha.















Nampak bonding nya :p









Walaupun penat trekking secara tak dirancang cenggitu, tetap rasa seronok sebab dapat main air terjun & hangout dengan kawan kawan sebelum masing masing bawak haluan masing masing lepas neh. Sedih jugak bila fikir fikir pasal perpisahan neh :'(


Thanks Air Terjun Gunung Pulai II for having us! Miss you already!

Thanks for reading this entry!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...