Assalamualaikum~
Selamat datang ke musim study week, hikhik. Eh korang pun dah study week? Eh sama la kitaa! Aku as well as kawan kawan aku, kalau masuk je minggu study week, banyak gila aktiviti yang nak dibuat. Contohnya macam jalan jalan macam dalam >Enti INI< .
Bukan semester neh je macam neh, dah 5 semester kot asal tiba musim study week mula la macam macam aktiviti nak buat kan. Mungkin la sebab kitorang pada musim musim biasa agak busy, macam takde masa sangat nak keluar beraktiviti.
Okay done withe the lengthy intro, move on move on!
Kali neh kitorang buat steamboat, hikhik. Mula mula nak pergi makan dekat tasik sambil bawak rice cooker untuk sambut tahun baru konon kononnya la kan, tapi end up buat kat bilik je, aha. Kesian.
Semua neh kos dia RM20.30, semua beli kat Jusco Taman U je. Kitorang beli sausages (best sebab dalam dia ada cheese), bebola ayam (ada sayur dalam dia), telur, seaweed (Didi dengan Lili ah neh excited suka sangat dengan seaweed terpengaruh dengan Running Man), perencah tomyam & maggi kosong :p
Disebabkan anak anak dara semua jarang mengasah bakat memasak masa cuti kat rumah, we end up guna garam je untuk tambah perisa kat kuah tomyam tersebut. Garam tue pun nasib baik ada sebab asal asal nya suatu ketika dahulu Didi nak amal sunnah dengan garam tersebut tapi akhirnya dibiarkan sepi jugak garam tue dalam kotak, aha.
Mula mula letak bebola dulu, hikhik. Tiba tiba je datang perasaan sedap sikit bila tambah bebola tersebut.
Chopstick Didi beli dengan banyak, so eksen eksen la guna chopstick nya pun adoi :p
Ha neh la sausages yang ada cheese di dalamnya! Berselera Lili makan, makan part ada cheese je, yang takde cheese dia tinggal, ada ke patut? Ish isy isy.
Jajangggg! Hikhik agak menyelerakan jugak la kan walaupun tak seberapa. Bila dah masuk sausages tersebut, makin bertambah perisa la kan, sebab cheese dah cair keluar semua, tambah dengan telur 2 bijik lagi, memang umph la! *puji diri sendiri*
Macam tue lah cerita dinner kitorang sempena tahun baru sebagai perantauan kat bumi Johor neh. Eh, tadi Mak Limah bawakkan kitorang semua karipap gergasi, hikhik. Saaaaaaayang Mak Limah tau, neh yang nak kerja kat Johor neh, boleh manja manja dengan Mak Limah lagi, hikhik.
Thanks for reading this entry!