Sabtu, 21 April 2018

The Solemnization : Suzie X Zaid - 5 January 2018

Assalamualaikum~


بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم ~

So selepas 3 bulan, barulah sis merasa ada mood nak menulis pasal majlis kawen hahahaha. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, sahlah Muhammad Zaid Bin Abu Bakar menjadi suami sis.

Setelah dipersetujui bersama, kitorang buat majlis belah Zaid je. Maksudnya, nikah sanding semua dekat belah Zaid je. Dekat belah aku, belah Kelantan takde buat apa apa sebab aku kan anak yatim, takde sape nak uruskan majlis kat Kelantan hahahaha. 1 lagi memang menjimatkan kos dan masa sebab tayah travel sebagainya.

Aku pun takde mintak duit hantaran, and mas kahwin pun aku cakap bagi jelah paling sikit kena bagi berapa, sebab kalau ikut Kelantan punya rate, takde minimun value pun. So Zaid bagilah RM300, rate minimum untuk negeri Selangor since dia orang Selangor. Dan seutas gelang. Beserta 5 dulang hantaran sebagai syarat je katanya. So dalam dulang tu ada bunga rampai sireh coklat macam tu lah. Tapi since aku sayang Zaid, so aku bagilah dia hadiah hantaran best sikit.


Dari atas kiri;
Sejadah dengan Kain pelikat
Coklat (Fererro Rocher dengan Rittersport)
Jam (Gshock Frogman)
Cincin

Dari bawah kiri;
Kemeja (Fred Perry)
Kasut (Niker Air Jordan 13 Retro)
Perfume (Guess by Marciano) dan Cap Puma

Kitorang nikah lepas semayang Jumaat, dekat Surau dekat rumah Zaid dekat Kampung Perepat, Klang sana. Zaid neh ada darah jawa sikit hahaha so majlis kitorang macam over sikit. Since ini majlis orang, I mean majlis yang keluarga Zaid buat, aku banyak ikut je dari segi tema ke baju kawen ke kek kawen ke semua lah. 1 lagi sebab aku memang malas berfikir.

So baju nikah aku Zaid belikan, jenama Aina Hariz, beli kat Modvier je. Baju nikah aku sangat simple sebab alasannya aku nak pakai nanti anniversary gittewww hahaha. Kasut kawen plak Zaid belikan jugak dekat Christy Ng. Kasut kawen pun ikut taste aku sebab kau punya alasan pun nak pakai hari hari hahahaha.




Hand bouquet neh bridal yang buat pelamin bagi. The owner, Cik Fadhil was sooooo generous sebab he gave me 2 hand bouquets, and both were fresh flowers. Roses lagi okayyy. Hand bouquet masa nikah neh berat nak mamp tapi sebab cantek sis redha. Sebenarnya aku mintak bunga Lily tapi dapat white roses. Okayla asalkan fresh flowers.

And 1 lagi, veil pun beli sendiri ahahhaa sebab aku tengok veil kepuk kepuk dekat instagram so chans so terus beli haha.







Well one more thing about my nikah day was that I did my own make up hahahaha gamble je mekap sendiri sebab sis is kedekut nak keluar duit upah MUA sampai 800 untuk dicuci di penghujung hari. I thought I looked good. Aha.





Saudara mara Zaid



Sebelah sis itulah bapak sis dunia akhirat. Walaupun dah 60 tahun tapi beliau masih hensem lagi tak tun tuang tak tun tuang.


Ini saudara mara belah aku.






Menangis tengok badan masa nikah, 52kg je so perut spare pun takde hahahahha. Baru 3 bulan dah ada perut spare takpe sis akan diet balik.

Official Photographer & Videographer : SBXS Photography which I frankly speaking won't recommend them sebab lambat serta service teruk. My wedding video took more than 3 months and 3 kali komen still macam tu. Kalau whatsapp, susah sangat nak reply apatah lagi nak call so kalau anda tiada kesabaran maka eloklah mengelakkan diri daripada hire SBXS neh.

Maka itulah Wedding Suzie X Zaid - Part 1 - Nikah. Do expect Part 2 & 3.

Till next time, Bye!

Regards,
Suzie 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

awak memang comel vogue the vass sebab sudi komen entry kitee, muach! <3

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...