Khamis, 18 Oktober 2012

Kewajipan Solat Berjemaah Di Masjid Bagi Lelaki & Perempuan.

Assalamualaikum.

Sentap sikit pagi pagi neh. Astaghfirullah hal 'azim.

Kita sebagai umat Islam akhir zaman neh, memang mudah sangat kan nak keluar dengan fatwa fatwa sendiri? Cakap pun ikut sedap mulut je kan? 

Sebab tuh ada riwayat yang berbunyi camneh.

"Maka akan ada dalam kalangan uma akhir zaman yang mengaku golongan yang hanya tahu bercakap tanpa mengemukakan hadis sahih serta Al-Quran, malahan dia tidak mendengar pendapat orang lain juga."

Ramai kan korang jumpa yang macam neh?

Annndddd pasal kewajipan solat perempuan.

Tau ke tak yang kewajipan solat bagi lelaki & perempuan neh lain? Hape ko hengat perempuan kena solat kat masjid ke yang seelok elok sembahyang? Please la. Do know more about Islam,
Perempuan, seelok eloknya, solat dekat tempat tertutup, dalam bilik, di mana takde siapa pun yang boleh nampak. Itulah sebaik baik solat untuk perempuan. Sebenarnya pun, tiada istilah solat berjemaah bagi perempuan

Sebabnya?

Sebab perempuan mudah ada perasaan perasaan riak bagai. Cuba kalau ada orang cakap, "Eh rajinnya kau solat jemaah kat masjid, cukup 5 waktuh, pergh!"

Annnnd apa kita rasa? Bangga kan? Riak kan? Dah sesaja dapat dosa riak.  Sebab tuh la dianjurkan perempaun solat kat tempat tertutup, supaya lebih khusyuk. Kita umat akhir zaman neh dah susah sangat dah nak dapat khusyuk dalam solat. Kita ikut jela sunnah Nabi S.A.W. Tak payah nak berdalih dalih..

Kewajipan solat bagi lelaki.

Lelaki neh tau tak yang diorang wajib solat jemaah kat tempat azan dilaungkan? Tau tak yang Nabi S.A.W diriwayatkan tak pernah solat fardu di rumah? Walaupun semasa Baginda sakit, para sahabat angkat Baginda untuk solat fardu berjemaah di masjid. Itu Nabi S.A.W yang memang dah confirm masuk syurga, kenapa lelaki sekarang tak boleh buat?

Diriwayatkan juga, kalaulah jemaah solat Subuh di masjid, seramai jemaah solat Jumaat, maka umat Islam akan menang.

Kita neh umat akhir zaman, kalau kita ikut 1 je sunnah Nabi S.A.W SECARA ISTIQAMAH, InsyaAllah akan dapat pahala 100 orang mati syahid.

Panjang sangat kalau nak cerita pasal kelebihan amal Sunnah Nabi S.A.W neh. Tetapi pasti & pasti akan bawa kejayaan. InsyaAllah.

Till then. dadaa :)

2 ulasan:

  1. Betul . Faten banyak dah baca artikel kata benda yg sama . Perempuan seelok2 nya solat dirumah jea . Lebih afdhal . Beza dengan laki :')

    BalasPadam
  2. carilah jawapan yang tepat. Kewajipan solat jemaah hanya diperintahkan kepada lelaki adalah bukan seperti yang cik suzie katakan. Dan perempuan pula bukanlah seburuk yg disangkakan dan bukanlah kerana sifat riak. Lelaki ditentukan menjadi pemimpin bukan kerana sifat lelaki itu tetapi ada sebab musababnya. perempuan adalah saksi kepada lelaki. Manakala lelaki diletakkan tanggungjawab untuk memimpin. lihatlah pada sekumpulan semut, sekumpulan lebah, dan anda akan dapat lihat disitu ada yg Allah tentukan bg orang2 yang berfikir.

    BalasPadam

awak memang comel vogue the vass sebab sudi komen entry kitee, muach! <3

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...