Khamis, 4 Oktober 2012

Hakikat Iqram Muslimin

Assalamualaikum.

Petang petang caneh, jom cerita pasal Iqram Muslimin, pernah dengar tak?

Iqram muslimin neh salah satu daripada 6 sifat para sahabat. & insyaAllah kalau kita amalkan keenam enam sifat para sahabat neh, kita akan berjaya dunia akhirat.

Tapi, mesti ada yang tanya, kenapa nak ikut para sahabat?

Kerana, para sahabat telah berjaya di dunia lagi, dan title Radiallahuanhu (RA), maksudnya Allah tela meredhai mereka di dunia lagi. Kita setakat ada title Ir ke, Sr ke, Ar ke, tak heran sangat, sebab belum tentu  lagi nasib kita kat akhirat nuh.

& Iqram Muslimin, maksudnya,

Menunaikan hak orang lain, tanpa kita meminta hak kita. Susah kan nak buat? Kita asal buat baik je, mesti akan fikir, nanti mesti dia tolong kita balik suatu hari nanti. Ha, tuh macam tuntut hak kita la tuh. & macam kita gi kenduri kahwin orang, mesti kita fikir, kalau kita tak pergi, nanti kenduri kita pun diorang tak pergi.

Annndddd hak hak orang yang kita perlu tunaikan :

1.Menjawab salam apabila orang bagi salam.
2. Tunaikan jemputan kalau dijemput (kenduri kahwin)
3. Menyebut Yaharmukillah (perempuan)/ Yaharmukallah (lelaki) apabila mereka bersin & menyebut Alhamdulillah.
4. Menziarahi orang sakit.
5. Menghantar jenazah ke kubur (bagi lelaki)

Dikatakan 10000 malaikat ikut bersama kita apabila kita pergi menziarah orang sakit, MasyaAllah.

Bila dah cerita cerita pasal menunaikan hak orang neh, mesti kita fikir kan, hak kita macam mana?

Hak kita, kita tuntut dengan Allah :)

Till then, dadaa :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

awak memang comel vogue the vass sebab sudi komen entry kitee, muach! <3

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...