Isnin, 29 Oktober 2012

The Wedding (Kawan Didi :p)

Assalamualaikum :p

Hari Sabtu lepas baru je pergi majlis kawan Didi kat Pasir Gudang. Ececeh tetiba aku menyebokkan diri kat majlis kawan dia, tehee. 

Kawan Didi neh bakal doktor, sekarang tengah belajar kat Jordan sana, suami dia pun belajar kat Jordan  jugak. Tak pasti lak bila diorang grad, sebab Didi cakap diorang dah start belajar kat jordan sejak kitorang lepas SPM lagi.

And the best part is, kawan Didi neh jumpa jodoh dia melalui Baitul Muslim, persatuan kekeluargaan kat sana, andd dia jumpa suami dia bila dah sah je, arranged married kot?

So, gambars!

Disebabkan neh majlis kawan Didi, so semuanya kawan Didi la :p



set biru itulah pengantinnya :p




gambar kat bilik, didi datang ambik lambat sangat :p

dalam kereta, panas!

lepas makan :p

tak tau motip telengkan kepala cenggitu :p

neh ketawa macam neh sekali sebab kawan didi cakap muka aku macam Najwa Latiff :p



Haaa, cenggitulah lebih kurang how I spent my last Saturday :p

Tengok orang kahwin neh, dan dan tuh jugaklah yang rasa nak kahwin :p

Thanks for reading this entry, dadaa!

Ahad, 21 Oktober 2012

Cerita Terbaru Pierre Andre

Assalamualaikum :)

Aha. Sejak bila blog aku tukar jadi blig gossip artis? Miahahaha. 

Sumber Google
Siapa tak kenal Pierre Andre, anak kepada Khatijah Tan neh? Dia banyak jugak berlakon, banyak jugak mengarah filem, annnndd banyak jugak gossip cinta :p

Tapi tapi tapi, ada tak orang lain tau sisi sisi lain hidup dia sekarang? Aha.

Cerita terbaru, melalui sumber yang boleh dipercayai, beliau telah berubah ke jalan Allah. Sumber tersebut telah terserempak dengan Pierre Andre dekat markaz Petaling Jaya and berita paling best adalah apabila menurut sumber tersebut jugak, Pierre Andre neh pernah keluar 3 hari.

Para jemaah kat situ macam tak kenal pun Pierre Andre neh siapa, tapi sumber neh kenal la, so aku tau la cerita neh :p

Markaz? Keluar jemaah 3 hari?

Ha nampak tak nampak tak kalau Allah nak bagi hidayah, senang senang je kan. Tapi part yang nak jadi pilihan Allah neh yang susah sikit kan :p

Syukur Alhamdulillah bila ada seorang lagi lelaki Islam yang berubah. 

Thanks for reading this entry!

Dadaa!

Khamis, 18 Oktober 2012

Kewajipan Solat Berjemaah Di Masjid Bagi Lelaki & Perempuan.

Assalamualaikum.

Sentap sikit pagi pagi neh. Astaghfirullah hal 'azim.

Kita sebagai umat Islam akhir zaman neh, memang mudah sangat kan nak keluar dengan fatwa fatwa sendiri? Cakap pun ikut sedap mulut je kan? 

Sebab tuh ada riwayat yang berbunyi camneh.

"Maka akan ada dalam kalangan uma akhir zaman yang mengaku golongan yang hanya tahu bercakap tanpa mengemukakan hadis sahih serta Al-Quran, malahan dia tidak mendengar pendapat orang lain juga."

Ramai kan korang jumpa yang macam neh?

Annndddd pasal kewajipan solat perempuan.

Tau ke tak yang kewajipan solat bagi lelaki & perempuan neh lain? Hape ko hengat perempuan kena solat kat masjid ke yang seelok elok sembahyang? Please la. Do know more about Islam,
Perempuan, seelok eloknya, solat dekat tempat tertutup, dalam bilik, di mana takde siapa pun yang boleh nampak. Itulah sebaik baik solat untuk perempuan. Sebenarnya pun, tiada istilah solat berjemaah bagi perempuan

Sebabnya?

Sebab perempuan mudah ada perasaan perasaan riak bagai. Cuba kalau ada orang cakap, "Eh rajinnya kau solat jemaah kat masjid, cukup 5 waktuh, pergh!"

Annnnd apa kita rasa? Bangga kan? Riak kan? Dah sesaja dapat dosa riak.  Sebab tuh la dianjurkan perempaun solat kat tempat tertutup, supaya lebih khusyuk. Kita umat akhir zaman neh dah susah sangat dah nak dapat khusyuk dalam solat. Kita ikut jela sunnah Nabi S.A.W. Tak payah nak berdalih dalih..

Kewajipan solat bagi lelaki.

Lelaki neh tau tak yang diorang wajib solat jemaah kat tempat azan dilaungkan? Tau tak yang Nabi S.A.W diriwayatkan tak pernah solat fardu di rumah? Walaupun semasa Baginda sakit, para sahabat angkat Baginda untuk solat fardu berjemaah di masjid. Itu Nabi S.A.W yang memang dah confirm masuk syurga, kenapa lelaki sekarang tak boleh buat?

Diriwayatkan juga, kalaulah jemaah solat Subuh di masjid, seramai jemaah solat Jumaat, maka umat Islam akan menang.

Kita neh umat akhir zaman, kalau kita ikut 1 je sunnah Nabi S.A.W SECARA ISTIQAMAH, InsyaAllah akan dapat pahala 100 orang mati syahid.

Panjang sangat kalau nak cerita pasal kelebihan amal Sunnah Nabi S.A.W neh. Tetapi pasti & pasti akan bawa kejayaan. InsyaAllah.

Till then. dadaa :)

Khamis, 4 Oktober 2012

Hakikat Iqram Muslimin

Assalamualaikum.

Petang petang caneh, jom cerita pasal Iqram Muslimin, pernah dengar tak?

Iqram muslimin neh salah satu daripada 6 sifat para sahabat. & insyaAllah kalau kita amalkan keenam enam sifat para sahabat neh, kita akan berjaya dunia akhirat.

Tapi, mesti ada yang tanya, kenapa nak ikut para sahabat?

Kerana, para sahabat telah berjaya di dunia lagi, dan title Radiallahuanhu (RA), maksudnya Allah tela meredhai mereka di dunia lagi. Kita setakat ada title Ir ke, Sr ke, Ar ke, tak heran sangat, sebab belum tentu  lagi nasib kita kat akhirat nuh.

& Iqram Muslimin, maksudnya,

Menunaikan hak orang lain, tanpa kita meminta hak kita. Susah kan nak buat? Kita asal buat baik je, mesti akan fikir, nanti mesti dia tolong kita balik suatu hari nanti. Ha, tuh macam tuntut hak kita la tuh. & macam kita gi kenduri kahwin orang, mesti kita fikir, kalau kita tak pergi, nanti kenduri kita pun diorang tak pergi.

Annndddd hak hak orang yang kita perlu tunaikan :

1.Menjawab salam apabila orang bagi salam.
2. Tunaikan jemputan kalau dijemput (kenduri kahwin)
3. Menyebut Yaharmukillah (perempuan)/ Yaharmukallah (lelaki) apabila mereka bersin & menyebut Alhamdulillah.
4. Menziarahi orang sakit.
5. Menghantar jenazah ke kubur (bagi lelaki)

Dikatakan 10000 malaikat ikut bersama kita apabila kita pergi menziarah orang sakit, MasyaAllah.

Bila dah cerita cerita pasal menunaikan hak orang neh, mesti kita fikir kan, hak kita macam mana?

Hak kita, kita tuntut dengan Allah :)

Till then, dadaa :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...