Sabtu, 3 Ogos 2013

Cara Menghargai Diri Sendiri Part 3 : Full Facial Treatment

Assalamualaikum~

Weekend neh adalah weekend pertama dengan gaji pertama. I'm one working person yawww, sebulan dah kerja, officially la kan dah dapat first salary dah kan.

So dah dapat duit lepas beberapa trial, kitorang pun nak setelkan la segala bil tertunggak, serta beli mesin basuh. Sebab dekat rumah kitorang ada kedai barang second hand, ada mesin basuh harga RM250, kongsi 4 orang plus minus 60 hengget cenngitu la, malas kot nak kira.

Then Yaya nak pergi servis motor. Ditakdirkan Allah, tepi kedai motor tersebut ada saloon, Diaries Saloon namanya. Didi dengan saloon neh memang tergugat sikit, nak blow rambut la apa la, dari masa final year degree lagi dia dengan Lili nak pergi blow rambut, tak paham betul aku.

Saloon tadi :p
So masa dok intai intai dari luar tue, owner dia pun keluar la, tegur kitorang. Apa lagi, masukla dalam saloon tue, tengok tengok pakej apa yang patut. 




Bila akak owner tue, Kak Nora namanya dok promote promote, tetiba tergerak hati nak try facial treatment. Ingat nak try normal punya je, tapi Kak Nora cakap, normal punya macam cuci muka kat rumah je, so dia suggest la try full facial treatment.

Didi dengan Yaya pun dengan tak disangka sangka nak jugakkk full facial treatment, Didi terus lupa yang dia nak blow rambut tadi, haha.


Aku tanya Kak Nora, dia guna produk apa, katanya produk Nouvelle Visage, ala produk Dato' Sosilawati tue la. Okay la, aku tengok muka Kak Nora pun licin gila takde lubang pori pori terbukak pun, and dia dah pakai produk neh 8 tahun. Umur dia pun dah 28 tahun sekarang, tapi cantik lagi :p





Suami Kak Nora, miahaha.


Tapi paling best, ada tempat sembahyang sekali, maksudnya kalau kita tunggu kawan buat facial lama sangat, then masuk waktu, bolehla kita terus sembahyang kat situ.


Lagi best? Lepas siap facial, dapat door gift kot. Pernah ke pegi buat facial dapat door gift? :p


Haha. Okayla. First time buat full facial treatment, dengan harga RM49 je :p Harapnya cantikla kan nanti raya neh :p

Overall rasa okay la, Yaya siap boleh tidur lagi masa treatment, santai sangat, cuma part buang jerawat tue sakit sikit. Sampai keluar air mata gua yang berharga neh. Aha. Tapi muka rasa la licin daripada sebelumnya. Owner pun peramah, sakan berbual dengan kitorang.

1 tips la kalau nak pergi saloon, tengok owner dia muka cantik tak, I mean kulit dia licin tak, berseri ke tak. Kalau owner pun kulit berjerawat, selebet je, korang yakin ke nak try? Kalau gua, gua tak try la.


Neh la owner nya, Kak Nora :p Yang kitorang mula mula tengok dia ingat dia Cina, rupanya Melayu, ihik.

Begitulah cerita facial kitorang. Bila dah siap facial treatment, dah masuk waktu berbuka, so pergi la KFC, sebab gua dah berapa minggu nak makan KFC, miahahaa.


Tadaaa, gua nak makan benda neh semata mata sebab gua nampak ada bintang tue je, haha. Rupanya bintang tue nugget udang je, Aha. Okay la, Allah bagi sedap :D

Apa? Nak tengok muka lepas facial? Okay la gua letak muka Yaya, miahaha.






Thanks for reading this entry!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

awak memang comel vogue the vass sebab sudi komen entry kitee, muach! <3

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...