بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم
~
Asal asal aku dulu kurus. Walaupon korang tanak percaya, nah aku lampirkan bukti bahawasanya aku dulu kurus.
Yeap. I was that skinny and dark as well. Haih. Dulu berat 50kg ke 55kg je aku rasa.
Bermulanya aku start sambung degree dekat UTM, on the second year, aku dah start naik badan, berat naik mecanak canak. Pointer je yang aku mampu turunkan masa tu. Tak tau sebab musababnya yang netul, berat aku terus naik. dan naik. serta naik.
Start kerja, langsung takde cahaya harapan untuk kurus. Yela, dah kerja, ada duit sendiri, and tak payah berkira kira untuk makan. Bedal semua. Sampaila berat aku yang paling gemuk adalah sekitar 70kg. Che dengan kakak aku la selalu condemn aku gemuk. Mentangla diorang kurus.
Serta aku lampirkan sekali lagi gambar masa berat aku sekitar 70kg itu.
Woi apa neh woi lengan pun dah sama saiz dengan betis woi.
Aku pun tak pasti apa yang telah terjadi pada suatu hari, gua rasa terpanggil untuk diet. Aku try tak makan nasi, tapi still makan benda merapu lain seperti roti dan biskut. Dengan kecewanya, berat tak turun. Bedal balik makan nasi.
Tiba tiba aku pun buatla research secara mendalam lagi pasala Diet Atkin. Rupa rupanya nak berat turun dengan cepat, tak boleh ambik karbohidrat dalam pemakanan kita. Had limit karbohidrat sehari adalah 20gm je. Selama sebulan setengah aku amalkan Diet Atkin neh, dalam 10kg jugak berat aku turun. lepas sebulan setengah tu, aku dah tak mampu nak diet Atkin lagi. Sebab aku nak makan donut, popia goreng, karipap kuih kuih macam tu la. Setakat neh aku makan nasik masa balik kampung hari tu je, then I contol my diet again. Aku makan kuih kuih je, nasik dengan mi still tak amik lagi. Latest timbang pagi tadi adalah 59.9kg. Aha. Lama tak tengok nombor 5 kat depan.
So sekarang macam mana rupa aku?
Baju purple neh rasa macam 64kg.
Neh skirt biru neh rasa macam 62kg.
Dan inilah gambar paling latest ambik beberapa hari lepas masa balik kerja. Timbang plak pagi neh, 59.6kg. Sape tak happy woi. Sorry. Muka togel tak pakai mekap. Alah pergi balik kerja je pon. *Alasan*
What I like about Atkin Diet is that, ia mengecikkan bahagian pinggul serta peha dahulu. Kalau dulu pakai boyfriend shirt asik ketat kat pinggul, sekarang tidak lagi. Bahahaha. As a matter of fact, aku jugak telah berjaya bertukar ke seluar yang 1 saiz lebih kecik.
Aku takdela strict sangat buat Diet Atkin, aku masak kemain sedap kot ayam masak merah ayam kari semua, tapi berpada pada la. Kopi aku amik ek. gula je tak amik. Aku minum kopi o kosong + Equal. Equal tu macam Stevia semua tu la. Disebabkan tak jumpa Stevia, Equal pon boleh la. Korang kena tau, kopi tu adalah sejenis fat burner. Kalau korang amik kopi, cepat jugakla berat turun. Cuma jangan amik gula atau susu atau krimer.
So sampai sekarang aku still minum kopi o kosong + equal, and takde amik gula kecuali gula dekat donut miahaha sape boleh tolak donut woi & mungkin sebab tu berat aku stil turun walaupon dah tak buat Diet Atkin. Tapi aku punya portion makan tu pon dah kecik la. Kadang kadang pagi makan kuih sebijik, tengah hari pun makan kuih sebijik, petang mewah sikit, 3 bijik kuih. Kopi plak 3 kali sehari aku amik. Gitewww.
Korang nak try Diet Atkin boleh, tapi korang mesti boring punya kalau tak masak. Aku yang peminat tegar ayam neh pun dah boleh rasa nak muntah makan ayam je untuk sebulan setengah tu. & satu je masalah Diet Atkin adalah, korang tak boleh cheat. Sekali korang cheat, 3 hari dia korang akan amik masa untuk turun berat balik. Sebab ketosis start 3 hari lepas korang tinggalkan semua karbohidrat dalam hidup korang. Sebab tu la takleh cheat. Tau? & perasaan nak start ketosis itu sangat stress sebab korang sakit kepala, penat semua. Tu semua sebab badan korang tengah cuba pecahkan lemak instead of karbohidrat untuk tenaga. Paham?
Kalau tak paham, bolehla beransur ansur ke blog BICIKUT nehhhh untuk korang lebih memahami apa sebenarnya Diet Atkin. Aha.
Kalau tak paham, bolehla beransur ansur ke blog BICIKUT nehhhh untuk korang lebih memahami apa sebenarnya Diet Atkin. Aha.
Apa lagi nak cerita.
Itu jela kot. Kalau ada sesiapa rasa nak tanya apa apa, boleh la komen kat sini ke email ke ape ke. Aha.
Till Then, belanja 1 gambar tuan blog.
Regards,
Suzie
Itu jela kot. Kalau ada sesiapa rasa nak tanya apa apa, boleh la komen kat sini ke email ke ape ke. Aha.
Till Then, belanja 1 gambar tuan blog.
Regards,
Suzie