Assalamualaikum~
Gua orang Kelantan. Yeap, lahir dan dibesarkan di Kelantan. Bulan Syawal kat Kelantan takdela meriah sangat, mungkin Raya pertama, kedua or probably raya ketiga agak meriah, tapi bila dah hari keempat dan so on, dah takde la aktiviti rayanya pun adoi.
Tapi kat Johor neh lain. Sebulan kot Raya. I mean aktiviti beraya macam ziarah, open house semua. So bila dah bermastautin kat Johor neh, jadi orang Johor la kitewww. So ada la open house/aktiviti ziarah sedikit sebanyak :p
Minggu pertama raya, masa weekend, pergi rumah akak taklim kat taman U, serta rumah kenalan Didi.
Abaya from Makkah (curik dari my niece :p), kasut Larrie & handbag & wide shawl Bonita pau daripada Ahmad Faris, miahahaha.
Paling confuse, kitorang dapat duit raya, ahak. Walaupun confuse, still terima dengan hati terbuka la kan, orang dah bagi :p
Alang alang dah pergi area Skudai, singgah le Sutera Mall terchenta kejap :p
Then hari Sabtu semalam, perg open house rumah Farid, one of our senior colleague. Sebab pergi pun dah petang, pakai jela jubah First Lady dengan shawl hitam je, aha.
Kereta Didi.
Masa pergi rumah Farid neh, kitorang mungkin lapar sangat, sampai lupa nak ambik gambar, miahaha.
Then hari neh, rumah Kak Ayu, sambil sambil melawat baby beliau yang baru.
Zukhy yang nak jugak enterframe walaupun tengah on call, layankan je~
Kak Shila dan adik adik beliau.
Neh la dia baby baru Kak Ayu, dah lupa dah namanya, unik sangat, Kak Ayu suruh panggil Jack je :p
Then lepas tue singgah la rumah Kak Shila kejap, alang alang dah sampai sana kan. Ada sate, dan gua memang tak makan sate :P
Ain namanya, anak Farid. Nama glamour je Ain, nama sebenar, Dhia Faridah.
Isteri Farid merangkap Ibu Ain :p
Nama kampung neh lagi lain macam. Jalan Janda kaya kot.
Semua pun nak ambik gambar dengan Jalan Janda Kaya neh :p
Penat jugak la kan, sebab rumah Farid tue kat Kangkar Pulai, rumah Kak Ayu kat Kota Tinggi, rumah Kak Shila kat Ulu Tiram. Kitorang pulak duduk kat Plentong.
So sempat singgah Today's Mall. betula kata Didi, memang tak ada apa apa pun kat situ. Disini menyesal!
Shawl ButikPinkku, Skirt Nazzy Anne, handbag a gift from Akak kiteww.
Cenggitu la aktiviti raya gua dekat Johor neh. Agak agak ada lagi tak aktiviri raya lepas neh? :p
Thanks for reading this entry!