Assalamualaikum.
Kalut aku tengok kat FB dengan twitter pasal Ribu Tropika Sonomu melanda Malaysia. Betul ke? Ke propaganda? Ramalan manusia neh banyak khilaf biasanya. Ala biasalah yang dicipta, mana nak sama dengan kuasa Sang Pencipta, iaitu Allah S.W.T.
Sumber Facebook |
Kenapa musibah neh Allah S.W.T datangkan pada sesuatu kaum atau tempat? Sebab kaum di kawasan tersebut lalai. Masjid tak hidup, maksiat berleluasa. Maka Allah datangkan musibah dalam bentuk Tsunami, gempa bumi dan sebagainya.
Macam mana ada jemaah dari Palestin cerita, bahawa kenapa Gaza kena serang? Sebab ada lebih seribu masjid dekat Gaza, tapi semuanya tak dihidupkan, maka Allah S.W.T hantar peringatan pada mereka. Penduduk kat situ kesal, kenapa ramai orang hantar bantuan, hantar bekalan makanan, tapi takde pun orang nak hantar jemaah untuk islahkan mereka. Maka dengan izin Allah, jemaah dari Afrika (kalau tak silap la) telah dihantar ke Gaza untuk membantu orang orang Islam kat sana dan sehingga sekarang, dah hampir (approximately la) 1000 buah masjid dah dihidupkan. Sudah tertulis pun dalam Al-Quran bahawasanya Palestin akan kalah dahulu, kemudian menang. Memang akan jadik nanti. Janji Allah S.W.T itu pasti dan pasti akan jadik.
Okay. Pasal Taklim lak. Aku dulu pun tak tau apa tue taklim. Kak Intan yang kenalkan majlis taklim pada kitorang, ajak kitorang pergi majlis taklim kat Taman U, sejak dari first year lagi Kak Intan ajak, tapi masa tue zaman jahiliah sangat, pentingkan dunia semua, buat tak endah je. Then masuk second year, Kak Intan banyak buat ziarah kitorang, jadi kitorang pun pergilah Majlis Taklim mingguan kat Taman U. Tapi bagi aku la, perasaan aku masa tue macam terpaksa lagi. seboleh boleh tanak pergi.
Then masuk third year, bila Didi start beli kitab Fadhilat Amal & Mutakkad Hadis, as well as Kirin (Adik Didi) start keluar jemaah, baru la kitorang pergi dengan kerap Majlis Taklim mingguan tue. & yang paling penting, pergi dengan rela, & memang dah tau hari Ahad, aktiviti kitorang pergi Majlis Taklim Mingguan kat Taman U. Sampai la sekarang.
Amboi panjang sejarahnya pun oi. Belum cerita kelebihan lagi.
KELEBIHAN MENGHIDUPKAN MAJLIS TAKLIM.
1. Majlis Taklim neh adalah sunnah Nabi S.A.W. Macam mana diceritakan bahawa dulu sebelum Masjid Nabawi dibina, Majlis Taklim neh Nabi S.A.W buat kat bawah sepohon pokok tamar. & apabila masjid tersebut siap, maka majlis taklim itu diadakan di masjid tersebut tapi lepas tue kedengaran suatu tangisan seperti tangisan anak kecil selalu kedengaran. Rupa rupanya tangisan tersebut datang dari pohon tamar tue. Then Nabi S.A.W pun bertanya la pokok tue, kenapa menangis? Then pokok tue jawab sebab dah takde Majlis Taklim kat bawah pokok tue, jadi dia sedih. Maka Nabi S.A.W pun bagitau poko tue, bahawa Baginda akan doakan yang pokok tue tumbuh di syurga nanti, barulah pokok tue berhenti menangis. Masya Allah, macam mana pokok pun menangis sebab tak dapat join Majlis Taklim neh. Kita lak seboleh boleh elak taknak pergi Majlis Taklim neh (boo suzie boo.)
2. Diceritakan oleh Kak Nana (yang bertanggunjawab bagi muzakarah 6 sifat 6/1/2013) cakap macam mana baru baru neh ada sebuah rumah dekat Palestin neh, menghidupkan Majlis Taklim secara istiqamah, rumah dia je tak kena bom sedangkan rumah rumah lain disekitarnya kena bom. Subhanallah, kuasa Allah S.W.T nak tunjuk macam mana orang yang amal Sunnah Nabi S.A.W neh akan pasti dan pasti dapat kejayaan.
3. Macam mana diceritakan oleh jemaah dari Acheh menceritakan bahawa semasa Tsunami hari tue, ada sebuah rumah neh yang menghidupkan taklim dalam waktu Dhuha. Semasa Tsunami tue datang selama 3 hari, orang dalam rumah tue tak rasa apa apa pun. Walaupun dah 3 hari lepas, dia masih rasa macam dia dalam waktu Dhuha dan tengah buat Majlis Taklim. Subhanallah.
4. Telah disebutkan jugak bahawa Dajjal tak boleh masuk ke 2 tempat iaitu Makkad & Madinah serta tempat tempat yang mengamalkan amalan Masjid Nabawi. Tahukan korang yang Majlis taklim neh adalah salah satu amalan Masjid Nabawi? Hidupkan taklim kat rumah korang secara istiqamah, maka In Shaa Allah, Dajjal takkan dapat masuk dalam rumah korang.
5. Malaikat mencari cari dimana adanya Majlis majlis ilmu, termasuklah Majlis Taklim neh. Macam mana diceritakan sewaktu Aisyah Ra. sedang mengadakan Majlis Taklim dirumahnya, dan Nabi S.A.W balik dan terlihat Malaikat berada diluar rumah Baginda dan Nabi S.A.W bertanya kenapa Malaikat tersebut tak masuk kedalam? Dan Malaikat tersebut menjawab kerana ada sehelai anak rambut Aisyah Ra. yang terkeluar dan Malaikat tersebut malu untuk melihatnya. Kalau kita buat Majlis Taklim neh dengan istiqamah, & ditakdirkan 1 hari tue kita tak sempat buat sebab kena keluar ada kerja kan, Malaikat tetap akan datang ketempat yang biasa diadakan Majlis Taklim tue, sebab dah biasa datang pada masa dang waktu tue. Masya Allah. Besar kan kelebihan dia?
Cukup kot 5 kelebihan neh dulu? :p Apa yang aku tulis neh pun berdasarkan apa yang aku dengar masa Majlis taklim dan jugak masa Muzakarah hari tue. Saja nak kongsi dengan korang, sebab tugas dakwah neh tanggungjawab semua umat Nabi S.A.W, tak kira bangsa, umur dan jantina :D
Dan yakinlah dengan kekuasaan Allah S.W.T. Kalau Allah S.W.T datangkan musibah tue, adalah salah kita kat mana mana, biasanya sebab masjid tak dihidupkan la (dari apa yang aku dengar la). Sebab tue ada diceritakan yang umat Islam hanya akan menang kalau jemaah Solat Subuh sama ramai dengan jemaah Solat Jumaat. Mana lelaki lelaki yang gagah perkasa semua neh??
Gua bukan berlagak alim mahupun cuba menunjuk nunjuk, gua cakap untuk islahkan diri gua sendiri. Tujuan dakwah itu kan untuk silahkan diri sendiri :D
Thanks for reading this entry~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
awak memang comel vogue the vass sebab sudi komen entry kitee, muach! <3