Assalamualaikum :)
Sunnah itu kan tinggalan Nabi S.A.W untuk kita, dan ianya pasti dan pasti bawak kejayaan.
Jadi salah satu sunnah yang mudah adalah dengan cara pemakaian.
Perempuan sunnah nya pakai jubah, yang paling disukai Nabi S.A.W adalah jubah warna hitam. Macam gambar kat bawah neh. Ehem.
Aku start pakai jubah sikit sikit pun sebab aku ambik jubah anak sedara aku, dia taknak pakai, baik aku ambik, boleh pakai wat gi taklim, dapaaat jugak pahala kat dia, sebab jadi asbab aku amal sunnah Nabi S.A.W, Alhamdulillah..
Bagi lelaki, sunnah pakai gamis. Tau gamis apa? Gamis tue macam jubah jugak, tapi tak labuh, dalam paras paras bawah lutut tak? Biasa pakai dengan kain pelikat kan.
Lelaki memang sunnah pakai gamis berbanding pakai jubah sebab,
Rasulullah SAW bersabda:
“Kain yang memanjang hingga di bawah mata kaki tempatnya di Neraka.”(HR. Al-Bukhari, shahih).
Nabi SAW bersabda:
“Pada hari Kiamat, Allah tidak akan melihat kepada orang yang menyeret bajunya (musbil, ketika di dunia) kerana takbur.” (Muttafaq Alaih, shahih).
Nabi SAW melarang kita kaum lelaki melakukan isbal. Beliau SAW bersabda:
“Dan tinggikanlah kainmu hingga separuh betis, jika engkau enggan maka hingga mata kaki. Dan jauhilah olehmu memanjangkan kain di bawah mata kaki, kerana ia termasuk kesombongan, dan sungguh Allah tidak menyukai kesombongan.” (HR. Abu Daud dan At-Tirmidzi dengan sanad shahih , At-Tirmidzi berkata, hadits ini hasan shahih).
Thanks for reading this entry!