Jumaat, 19 April 2013

Cara Menghargai Diri Sendiri Part 2

Assalamualaikum :D

 Okay kalay yang mana mana tak baca lagi entri Cara Menghargai Diri Sendiri Part 1 , boleh la baca ye :p

Muka gua memang teruk sikit la kan, dulu. Suatu ketika dahulu. Miahaha. Teruk cane? Teruk sebab banyak parut, dengan jerawat yang tumbuh banyak kali kat tempat yang sama. Gua rasa, start gu belajar belajar mekap tue yang muka gua start naik jerawat, & lepas jerawat dah hilang, mestilah beliau meninggalkan bekas kan. Dengan banyaknya sekali pulak tue. Gua apa lagi, makin tebal foundation sebab nak tutup parut. 

Sampailah kalau tak mekap, memang boleh buat orang yang tengok, berzikir tak henti henti. Astaghfirullah, MasyaAllah, kenapa tak jaga muka neh? Lebih kurang macam tuelah persoalan yang aku pernah terima -_-



Aha. Neh gambar tahun lepas, masih kurus lagi sikit masa neh, and nampak kan teruk muka gua kalau tak mekap. 

So kakak gua pun paksa la gua jaga muka. Mula mula beliau suruh gua try pakai Karme yang Leuniey Natasya si isteri Apex tue pakai kan, so aku try la. 


Haha, macam neh sekali kan muka gua. Tapi Mak gua tak bagi gua pakai Karme, sebba beliau cakap makin banyak parut. Mungkin sebab tak sesuai kot dengan muka gua. So gua berhentilah pakai, mana boleh melawan Mak oi, jatuh hukum derhaka sesaja je nanti oi.

So, gua pun buatlah keputusan, pakai product kecantikkan yang macam Didi guna. Ada patut dia panggil produk tue Sinar Kejelitaan? Gua pun sebokkk cari product nama macam tue, tapi rupanya product tue namanyan SF Beauty~ Ooo SF Beauty ke, ah gua macam tue sebab Yana ada cakap kan masa majlis Tikah hari tue.

So perubahan dalam masa 3 bulan gua pakai SF Beauty neh, hihik.




Neh dalam bulan pertama pakai, and gua tak alami masalah menggelupas macam Didi, cuma naik jerawat pasir jela :p Parut jerawat nampaklah dah kurang :p

Yang kat bawah neh pulak dah 2 ke arah 3 bulan la gua pakai SF Beauty tue. Dengan penuh keyakinan je sekarang muka toya cenggitu pergi sampai City Square kat JB sana, wakakaka.


Neh glowing lebih sebab guna Camera 360, sorry, hihik.

\


Kalau perasan, bukanlah product tue menghilangkan jerawat dan parut secara total macam Colgate, muehehe, tapi die buat muka jadi nampak presentable tanpa mekap. Gua pun dah jarang mekap sekarang kecuali pakai Compact Powder dengan eyeliner sebab day cream SF Beauty neh dia bukan krim sangat tau, dia macam krim malam, teksture dia macam balm cenggitu, so nak lapis dengan foundation tue macam tak sesuai je kan, so redah jela kelas cenggitu je :p

Tapi macam biasalah bila dah 1 set produk penjagaan muka neh, harga mahal la kan sikit. Ada yang boleh bagi harga murah sikit, depend la kan dengan harga apa diorang ambik dari dealer. Macam gua punya neh, gua beli dari akak yang Didi kenal, so set kecik (trial set) dalam RM79 camtue, and set besar RM117. 1 set ada sabun pencuci muka, krim malam dan krim siang. 

Selama 3 bulan neh, gua baru guna set kecik 1, and sekarang tengah guna set besar, tak habis lagi.

Sebab tue tajuk entry neh  cara menghargai diri sendiri :p Ingat mudah mudah ke gua nak keluarkan duit beratus macam tue je? boleh buat makan seminggu tue oi. Dah boleh jilid sebijik thesis tue oi. Ahak mentang final year, cerita pasal jilid thesis lak.

Okay, sekian testimoni dari gua :D Harap membantu bagi orang yang ada masalah yang sama dengan gua.



Thanks for reading this entry!

Rabu, 27 Mac 2013

Iman & Mati.

Assalamualaikum :)

Rasa diri free sangat kan, buatlah entri ini, kurang kurang kalau orang baca, ada jugak kebaikkannya, InsyaAllah :)

Syarat mati adalah hidup. Bukan tua, bukan sakit, tapi hidup. Dan semua orang ada syarat neh, semua orang hidup. Bila kita dah ada syarat neh, dah ready ke kita nak balik kepada Pencipta kita? Aha.

Perkara palin penting itu Iman, lebih penting daripada harta, duit, kereta etc. Kalau kita mati, takde duit, takde kereta, takde harta, Allah tak marah. Tapi kalau kita mati takde Iman, macam mana kita nak menghadap Allah SWT? 

Harga Iman sebesar zarah, Allah bagi syurga seluas 10 kali dunia. Itulah dia kalimah  لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ (Laa Ilaha Illallah) yang Allah bagi free je kat semua manusia, kalimah Iman yang kita dah janji dengan Allah SWT kita nak pikul sebelum kita dilahirkan dulu. Kita pernah jumpa Allah semasa sebelum dilahirkan dulu, sebab tue kita sangat terkesan bila melihat benda benda indah :)

So jom layan lagu neh, penyanyinya seorang Karkun (orang yang buat usaha dakwah) :)



Selasa, 26 Mac 2013

Seoul Garden That We Love Much

Assalamualaikum~

Okay, rasa nak makan Seoul Garden lagi.

So pergilah sekali lagi :D


OOTD adalah light unbranded purple maxi skirts, purple topshop checkered dress, unbranded black cardigan, butikpinkku black jameela halfmoon shawl, Vincci bag, and Bata wedges. dan kipas tradisional untuk menghilangkan panas :p

And Lili nak enterframe jugak :p Comelnya beliau :p


Excited sangat.


Kite pakai BB Compact Powder je hari neh, dengan eyeliner sebab my skin has gotten better nowadays :p












Aku pun tak paham apa jadah yang aku suka sangat dengan Seoul Garden neh. Tiap kali ada sesuatu yang special je mesti nak Seoul Garden. Janganlah mengandung nanti mengidam Seoul Garden hari hari oi.

Thanks for reading this entry!

Rabu, 20 Mac 2013

Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP)

Assalamualaikum.

Sekarang dah mingguu 6. Data untuk thesis masih tak cukup. Tapi hidup masih relax nak mam. Macam neh ke nak grad on time? -_-

So by the way, hari neh pun ikutlah kawan kawan pergi cari data dekat PTP neh. Main focus nya Yaya, sebab dia punya thesis pasal penambakan laut semua tue. Disebabkan aku buat questionnaire, aku ikut jugak la, mana tau tiba tiba responden diorang pernah involve dengan aku punya tajuk thesis kan. Pertolongan Allah kan datang dengan berbagai bagai cara. Aha.


Tadaa bangunan PTP blok B. Besarnya ya amat dong. Tapi rasa kosong kosong je camtu *amik lagu Najwa  Latiff kau* And sangat berangin, macam mana design ntah bangunan tersebut, berangin sangat. Rasa seronok sangat. tak percaya tengoklah gambar gambar kite yang seterusnya neh, hihik.


Okay minum minum kat cafe PTP tue sementara tunggu Yaya interview the stakeholder, malas lak nak join beliau. Lagi seronok jalan jalan ambik angin, choii.


Angin sangat kuat walaupun dalam bangunan, mungkin sebab menggunakan konsep open space. Miahaha. Aah maxi skirt warna kuning adalah hadiah birthday dari kawan kawan beta. Mekaseh uols.


Ah apa kira dalam koop pon boleh :p


Syu bersama sudoku nya, Konpius aku macam mana la orang main Sudoku neh. 


Ehek happy nya kite datang PTP neh :D


Rasa macam PTP neh, kite yang punya, miahahaha.




Shikin dan Lipton Ice beliau :p


The interior yang sangat kosong tapi rasa macam dalam kapal :p


Tangga pun boleh :p


Tangga belah kanan lak :p


Even to the glass wall :p


Nampak tak diorang pasanga origami burung warna hitam kat ataaaas tue :p Mungkin sebagai perhiasan, mungkin jua sebagai penghalau burung burung hidup :p



Shikin dan Syu yang secara tiba tiba matching ketinggian (as a matter of fact Shikin lagi tinggi by a few significant cm :p) 


Annnd ada pakcik tue cakap gua macam Najwa Latiff. eh hello pakcik, Najwa Latiff tue yang macam saya, saya lagi tua daripada dia okayyy, choii! 


So macam tue la. That's how I spent the day I turned 22. The day forgotten by all the people close to me.Sedih jugak la. Nak nangis pun, kawan kawan ada, hold jela. Dah tua pun.

Thanks for reading this entry!

Rabu, 13 Mac 2013

Cara Menghargai Diri Sendiri Part 1.

Assalamualaikum :)

Sejak sejak on the way nak masuj umur 22 tahun neh, muka makin teruk.Jerawat sana sini itu normal, maklumlah lewat remaja katakan, hormon tak stabil, stress memanjang. Tapi bila jerawat berkali kali tumbuh kat tempat sama, memang masalah anatomi badan, miahaha. Macam gua selalu tumbuh jerawat kat kawasan dagu serta pipi. Dan masalah bertambah besar bila tinggal parut serta jeragat yang mengurangkan seri wajah walaupun orang kaa ada parut sikit sikit kat muka tue nampak cute, tapi bukan untuk gua la.

Dan gua jugak mempunyai double chin tanda kebahagian hakiki. Miahahaha. Masalah jugak double chin neh kan. So kali neh entri bercerita tentan macam mana nak hilangkan double chin And yes. tanpa perlu bersenam. Perfect!

Tadaa~


Sophie Monk Pore Minimizing Double Lifting Facial Mask! 

Aha. Actually banyak jeni lagi double lifting mask dekat pasaran, tempat yang gua selalu beli of course la dekat Watson sebab kan gua ada membership card, miahaha. Dulu gua guna Sexy Look Duo Lifting Mask tapi jenama Sexy Look neh tak pernah lagi gua jumpa yang jual 1 kotak, maknanya dia jual 1 piece macam tue, dalam RM5.90 1 piece, but it does show good result.


Ada beberapa jenis kalau untuk jenama Sexy Look neh, tapi gua biasa guna yang warna silver sebab Intensive Firming, nak cepat nampak hasil kan :p

Tapi tapi tapi, masa cari punya cari punya cari double lifting mask neh hari tue, terjumpa la jenama Sophie Monk neh, yang bestnya ia dijual 1 kotak ada 5 pieces! Weee ~ And tambah lagi best, RM15.90 je kot 1 kotak. And Alhamdulillah jadi jugak la.

So gua pun tiba tiba terambik gambar masa pakai mask Sophie Monk tersebut, hikhik. Penat penat pergi carik data mestilah balik balik kena manjakan muka pakai mask dan tidur sampai lupa dunia. Eh baguslah lupa dunia, ingat akhirat je :D




Kenapa bahagia dagu gua tak tertutup dengan mask tersebut? Ekcelli, pipi gua neh boleh dikategorikan sebagai agak temban atau besar, atau debab. Tapi gua ada alasa gua. Sebab gua kan ada jaw ataupun rahang yang agak distinctive. Miahahhaa.


Aha. Lain kali gua cerita macam mana gua cuba hilangkan jerawat jeragat serta menaikkan seri wajah sampai gua jarang mekap sekarang kalau pergi kelas. Nampak tak keyakinannya kat situ :p Jangan curious sangat, it would not be that long for my new entry, I'll make time for it :p

Thanks for reading this entry!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...