Selasa, 8 Januari 2013

Balai Cerap UTM Terchenta

Assalamualaikum~

Hari Sabtu lepas *baru nak update, boo suzie boo*, kitorang semua pergi Balai Cerap UTM. Study week la katakan, selera dah tak menentu, nak makan Nasi Kukus bagai, sambil berpiknik bagai kan, tempat paling sesuai adalah Balai Cerap la kan, amboi. Balai cerap neh tempat orang tengok anak bulan, tau? Gua pun agak je, miahahha.

So menu kitorang hari tue adalah Nasi Kukus Ayam Berempah, yeay! Yang kitorang makan neh beli dekat Taman U, dekat food court MPJBT tue, kurang sedap sikit la. Ayam pun kecik, nasi lembik, tapi boleh la untuk hilangkan rasa mengidam tue. Yang kat belakang pintu pagar UTM tue tutup weekend, tapi memang sedap Nasi Kukus dia, 2 thumbs up ah boleh katakan :D




Dah siap kenyang makan semua, haruslah ada aktiviti bergambar ye idok :p










Muahaha Balai Cerap neh gua yang punya. Seronok la jugak menghabiskan masa menikmati alam hijau ciptaan Allah SWT neh. Sejuk je kan mata kalau tengok benda benda hijau neh :)

Thanks for reading this entry!

Isnin, 7 Januari 2013

Kelebihan Menghidupkan Taklim

Assalamualaikum.

Kalut aku tengok kat FB dengan twitter pasal Ribu Tropika Sonomu melanda Malaysia. Betul ke? Ke propaganda? Ramalan manusia neh banyak khilaf biasanya. Ala biasalah yang dicipta, mana nak sama dengan kuasa Sang Pencipta, iaitu Allah S.W.T.

Sumber Facebook
Kenapa musibah neh Allah S.W.T datangkan pada sesuatu kaum atau tempat? Sebab kaum di kawasan tersebut lalai. Masjid tak hidup, maksiat berleluasa. Maka Allah datangkan musibah dalam bentuk Tsunami, gempa bumi dan sebagainya.

Macam mana ada jemaah dari Palestin cerita, bahawa kenapa Gaza kena serang? Sebab ada lebih seribu masjid dekat Gaza, tapi semuanya tak dihidupkan, maka Allah S.W.T hantar peringatan pada mereka. Penduduk kat situ kesal, kenapa ramai orang hantar bantuan, hantar bekalan makanan, tapi takde pun orang nak hantar jemaah untuk islahkan mereka. Maka dengan izin Allah, jemaah dari Afrika (kalau tak silap la) telah dihantar ke Gaza untuk membantu orang orang Islam kat sana dan sehingga sekarang, dah hampir (approximately la) 1000 buah masjid dah dihidupkan. Sudah tertulis pun dalam Al-Quran bahawasanya Palestin akan kalah dahulu, kemudian menang. Memang akan jadik nanti. Janji Allah S.W.T itu pasti dan pasti akan jadik.

Okay. Pasal Taklim lak. Aku dulu pun tak tau apa tue taklim. Kak Intan yang kenalkan majlis taklim pada kitorang, ajak kitorang pergi majlis taklim kat Taman U, sejak dari first year lagi Kak Intan ajak, tapi masa tue zaman jahiliah sangat, pentingkan dunia semua, buat tak endah je. Then masuk second year, Kak Intan banyak buat ziarah kitorang, jadi kitorang pun pergilah Majlis Taklim mingguan kat Taman U. Tapi bagi aku la, perasaan aku masa tue macam terpaksa lagi. seboleh boleh tanak pergi.

Then masuk third year, bila Didi start beli kitab Fadhilat Amal & Mutakkad Hadis, as well as Kirin (Adik Didi) start keluar jemaah, baru la kitorang pergi dengan kerap Majlis Taklim mingguan tue. & yang paling penting, pergi dengan rela, & memang dah tau hari Ahad, aktiviti kitorang pergi Majlis Taklim Mingguan kat Taman U. Sampai la sekarang.

Amboi panjang sejarahnya pun oi. Belum cerita kelebihan lagi.

KELEBIHAN MENGHIDUPKAN MAJLIS TAKLIM.

1. Majlis Taklim neh adalah sunnah Nabi S.A.W. Macam mana diceritakan bahawa dulu sebelum Masjid Nabawi dibina, Majlis Taklim neh Nabi S.A.W buat kat bawah sepohon pokok tamar. & apabila masjid tersebut siap, maka majlis taklim itu diadakan di masjid tersebut tapi lepas tue kedengaran suatu tangisan seperti tangisan anak kecil selalu kedengaran. Rupa rupanya tangisan tersebut datang dari pohon tamar tue. Then Nabi S.A.W pun bertanya la pokok tue, kenapa menangis? Then pokok tue jawab sebab dah takde Majlis Taklim kat bawah pokok tue, jadi dia sedih. Maka Nabi S.A.W pun bagitau poko tue, bahawa Baginda akan doakan yang pokok tue tumbuh di syurga nanti, barulah pokok tue berhenti menangis. Masya Allah, macam mana pokok pun menangis sebab tak dapat join Majlis Taklim neh. Kita lak seboleh boleh elak taknak pergi Majlis Taklim neh (boo suzie boo.)

2. Diceritakan oleh Kak Nana (yang bertanggunjawab bagi muzakarah 6 sifat 6/1/2013) cakap macam mana  baru baru neh ada sebuah rumah dekat Palestin neh, menghidupkan Majlis Taklim secara istiqamah, rumah dia je tak kena bom sedangkan rumah rumah lain disekitarnya kena bom. Subhanallah, kuasa Allah S.W.T nak tunjuk macam mana orang yang amal Sunnah Nabi S.A.W neh akan pasti dan pasti dapat kejayaan.

3. Macam mana diceritakan oleh jemaah dari Acheh menceritakan bahawa semasa Tsunami hari tue, ada sebuah rumah neh yang menghidupkan taklim dalam waktu Dhuha. Semasa Tsunami tue datang selama 3 hari, orang dalam rumah tue tak rasa apa apa pun. Walaupun dah 3 hari lepas, dia masih rasa macam dia dalam waktu Dhuha dan tengah buat Majlis Taklim. Subhanallah.

4. Telah disebutkan jugak bahawa Dajjal tak boleh masuk ke 2 tempat iaitu Makkad & Madinah serta tempat tempat yang mengamalkan amalan Masjid Nabawi. Tahukan korang yang Majlis taklim neh adalah salah satu amalan Masjid Nabawi? Hidupkan taklim kat rumah korang secara istiqamah, maka In Shaa Allah, Dajjal takkan dapat masuk dalam rumah korang.

5. Malaikat mencari cari dimana adanya Majlis majlis ilmu, termasuklah Majlis Taklim neh. Macam mana diceritakan sewaktu Aisyah Ra. sedang mengadakan Majlis Taklim dirumahnya, dan Nabi S.A.W balik dan terlihat Malaikat berada diluar rumah Baginda dan Nabi S.A.W bertanya kenapa Malaikat tersebut tak masuk kedalam? Dan Malaikat tersebut menjawab kerana ada sehelai anak rambut Aisyah Ra. yang terkeluar dan Malaikat tersebut malu untuk melihatnya. Kalau kita buat Majlis Taklim neh dengan istiqamah, & ditakdirkan 1 hari tue kita tak sempat buat sebab kena keluar ada kerja kan, Malaikat tetap akan datang ketempat yang biasa diadakan Majlis Taklim tue, sebab dah biasa datang pada masa dang waktu tue. Masya Allah. Besar kan kelebihan dia?

Cukup kot 5 kelebihan neh dulu? :p Apa yang aku tulis neh pun berdasarkan apa yang aku dengar masa Majlis taklim dan jugak masa Muzakarah hari tue. Saja nak kongsi dengan korang, sebab tugas dakwah neh tanggungjawab semua umat Nabi S.A.W, tak kira bangsa, umur dan jantina :D

Dan yakinlah dengan kekuasaan Allah S.W.T. Kalau Allah S.W.T datangkan musibah tue, adalah salah kita kat mana mana, biasanya sebab masjid tak dihidupkan la (dari apa yang aku dengar la). Sebab tue ada diceritakan yang umat Islam hanya akan menang kalau jemaah Solat Subuh sama ramai dengan jemaah Solat Jumaat. Mana lelaki lelaki yang gagah perkasa semua neh??

Gua bukan berlagak alim mahupun cuba menunjuk nunjuk, gua cakap untuk islahkan diri gua sendiri. Tujuan dakwah itu kan untuk silahkan diri sendiri :D

Thanks for reading this entry~

Isnin, 31 Disember 2012

Le Homemade Steamboat (With Lotsa Love)

Assalamualaikum~

Selamat datang ke musim study week, hikhik. Eh korang pun dah study week? Eh sama la kitaa! Aku as well as kawan kawan aku, kalau masuk je minggu study week, banyak gila aktiviti yang nak dibuat. Contohnya macam jalan jalan macam dalam >Enti INI< .

Bukan semester neh je macam neh, dah 5 semester kot asal tiba musim study week mula la macam macam aktiviti nak buat kan. Mungkin la sebab kitorang pada musim musim biasa agak busy, macam takde masa sangat nak keluar beraktiviti.

Okay done withe the lengthy intro, move on move on!

Kali neh kitorang buat steamboat, hikhik. Mula mula nak pergi makan dekat tasik sambil bawak rice cooker untuk sambut tahun baru konon kononnya la kan, tapi end up buat kat bilik je, aha. Kesian.


Semua neh kos dia RM20.30, semua beli kat Jusco Taman U je. Kitorang beli sausages (best sebab dalam dia ada cheese), bebola ayam (ada sayur dalam dia), telur, seaweed (Didi dengan Lili ah neh excited suka sangat dengan seaweed terpengaruh dengan Running Man), perencah tomyam & maggi kosong :p


Disebabkan anak anak dara semua jarang mengasah bakat memasak masa cuti kat rumah, we end up guna garam je untuk tambah perisa kat kuah tomyam tersebut. Garam tue pun nasib baik ada sebab asal asal nya suatu ketika dahulu Didi nak amal sunnah dengan garam tersebut tapi akhirnya dibiarkan sepi jugak garam tue dalam kotak, aha.


Mula mula letak bebola dulu, hikhik. Tiba tiba je datang perasaan sedap sikit bila tambah bebola tersebut.


Chopstick Didi beli dengan banyak, so eksen eksen la guna chopstick nya pun adoi :p


Ha neh la sausages yang ada cheese di dalamnya! Berselera Lili makan, makan part ada cheese je, yang takde cheese dia tinggal, ada ke patut? Ish isy isy.



Jajangggg! Hikhik agak menyelerakan jugak la kan walaupun tak seberapa. Bila dah masuk sausages tersebut, makin bertambah perisa la kan, sebab cheese dah cair keluar semua, tambah dengan telur 2 bijik lagi, memang umph la! *puji diri sendiri*

Macam tue lah cerita dinner kitorang sempena tahun baru sebagai perantauan kat bumi Johor neh. Eh, tadi Mak Limah bawakkan kitorang semua karipap gergasi, hikhik. Saaaaaaayang Mak Limah tau, neh yang nak kerja kat Johor neh, boleh manja manja dengan Mak Limah lagi, hikhik.

Thanks for reading this entry!

Sabtu, 29 Disember 2012

Medini Mall as well as Puteri Harbour (Entri Gambar Beribu Lemon)

Assalamualaikum :D

Disebabkan kitorang the geng buahan neh tinggal 5 orang je sempena study week semester 5 neh *amboih semua kau nak bagitau jah eh* , so kitorang decide la nak pergi berjalan jalan ke suatu tempat yang tak perlu mengeluarkan duit untuk shopping. As a matter of fact, hujung hujung semester mesti la broke kan, tapi hati neh hati neh meronta ronta nak berjalan jalan so kitorang pun sepakat la keluar jugak, bukan 1 tapi 2 tempat kitorang hang out tadi :p

Mula mula mestilah kena ambik gambar  memulakan perjalanan kan, muka excited campur control ayu depan kamera la kan :p Seperti biasa driver adalah Lili sebab kereta tersebut kereta beliau, aha.


Mohon tunjuk gigi :p


Gigiiiiiiiiiii :D


The first place was Medini Mall, haha confirm korang jarang dengar Medini Mall kan. Okay la, Legoland, kenal? Hikhik. Kitorang sebagai final year student yang dah hujung hujung semester &  boleh considered as broke, mampu ambik gambar dari entrance Legoland jela kan -____- Jadi sebab tue lah tajuk entri aku Medini Mall, sebab Medini Mall tersebut free je masuk, hikhik.


Jom masuk pweeeeseee :p


Gambar aku memang tak boleh ada sekeping je :p


Shikin yang dah professional sekarang kalau orang suruh pose :p


Elna yang konpius nak pose cane :p


Tak pernah aku tengok Lili excited + gembira macam neh sekali. Seronok sangat beliau dapat gi Legoland walaupun la pergi depan entrance je. Takpe awak, semester depan In Shaa Allah kita gi Legoland ye :D


Ini Syue~




Bila dah habis sesi photoshoot kat entrance Legoland terbabit, perut pun dah lapar, & kedai makanan paling dekat dengan Legoland tersebut adalah KFC *yang paling murah pun ye :p* & jugak disebabkan aku mengidam nak makan KFC sebab tengok ramai sangat orang post Snack Plate KFC kat FB sana nuh, so kitoang pun menjejakkan kaki la ke KFC tersebut. Muahahaha.


Ehem :p 


Neh Lili yang tak habis lagi ecited beliau, suruh pose cute, terus pose tanpa complain sepatah ayat pun :p


Yeay, Rudolph! Haha yeke namanya Rudolph?

Then dah kenyang, solat Asar semua, kitorang bergerak ke Puteri Harbour lak. Ala yang ada Hello Kitty World tue la. Haha, Hello Kitty World dekat bangunan Little Red Box kan, Puteri Harbour neh kat depan bangunan tue la. Macam shipyard pun ada, ke memang shipyard? *soalan saja cari pasal dengan Puan Fuziah :p*


Itu kapal, in case you guys tak kenal kapal, hikhik :p


Motip sangat kan Elna sorang pandang kanan, kitorang semua pandang hotel transparent kat sebelah kiri, aha.


Weee rasa macam gelongsor yang bergeluk geluk, weee~


Okaayyyy, macam duyung ke?? Ada patut kawan kawan aku cakap macam duyung hanyut? Eh hello, comel okay, hikhik.


Gambar gambar bawah neh macam kat oversea kan? Entah la kenapa tapi feel dia macam tue kan? Macam Cameron Highland pun ada :p


Amboi Shikin :p


Elna pose innocent *sangaatttt :p*


Neh orang orang yang gembira sangat hari neh dengan Legolandnya :p


*Cough cough :D


Amboi happy nya Syue! :p


Gua suka ah gambar neh, nampak happening walaupun sebenarnya gambar tak jadi neh, aha kantoi der. Aku nak ambik scenery bangunan kat belakang sana nuh, hotel kot. Cantik hotel tue, see through lagi, romantik gila nampak! Nak honeymoon kat sana ah nanti *amboi kau jah!*


Femes emes kot kartun neh, Datuk Lat punya karikatur kan :D


Kenapa awak kurus sangat Shikin? Apa ingat comel sangat ke kurus kurus neh? *Ayat dengkin tahap dewa punya :p*


Rasa macam artis lak :p


Uuuuuuu tengok Shikin tengok Shikin, amboii,  macam supermodel! :p


Eh? :p


Yeahhhh supergirl :D 

Haha. Seronok sangat spent time macam neh, jalan jalan sambil snap pictures capturing memories here and there, tak perlu risau habiskan duit beli baju skirts seluar bags bagai, just clearing mind with friends. I don't do this always like never,sebab aku biasanya nak keluat pergi tempat yang boleh shopping aja :p but I seemed to like this kind of activities more. Say yeay!

Kenapa aku baru perasan macam kawan kawan aku neh macam comel comel semuanya? Eh. :p

Eh lupa lak kena prepare instrumen untuk collect data for my PSM. My supervisor wants it before the semester break. Auww T___T

Hey, with love!


Thanks for reading this entry!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...