Ahad, 16 Jun 2013

Aktiviti Habis Degree Part 3 : Taklim Terakhir (Sebagai Student)

Assalamualaikum.

Hari neh macam biasa, taklim mingguan dekat Taman U. Apa yang paling istimewa kali neh, sebab inilah taklim terakhir kitorang sebagai student. Lepas neh dah tak student dah, kuat sikitlah cabaran nak pergi taklim. Mesti akan ada sibuk dengan duniawi, dengan kerja semua. Macam manalah nanti agaknya ya -_-

Yang lagi terharu, akak akak dekat taklim tue, buat makan makan sempena kali terakhir kitorang kat sana, rasa terharu sangat, MasyaAllah. Walaupun kitorang bukan siapa siapa pun, setakat pergi taklim mingguan je, yang kadang kadang pun tak pergi, tapi diorang tetap ingat kat kitorang.

Bila Kak Nana cakap, 

"Okay hari neh kita ada makan makan sikit, sempena adik adik kita yang UTM neh dah nak habis belajar, insyaAllah la diorang semua akan bertebaran ke seluruh alam, menyebarkan agama Islam."

Allah , Lili dah selamat menangis dah masa tue, Didi tahan, aku pun tahan, cool Suzie cool, kena ada wakil yang tak menangis sorang.


Okay kita mulakan dengan gambar Lili la kali neh :p


Neh Anas, yang baru umur 6 bulan neh, semangat!


Comel? Pernah nampak kat mana mana tak? ihik.


Comelnya Subhanallah, geram! 6 bulan pun dah besar cenggineh. Allah bagi sihat kan, susu ibu je neh.

Akak akak taklim masakkan kitorang nasi warna kuning, dengan kari ikan tongkol, ada popia, ada keropok, tembikai, air semua, MasyaAllah, rezeki Allah kan. Paling best, makan cara sunnah, dalam dulang, dengan sapra sekali. Sapra tue, kain alas dulang tue :)



Tadaaa, neh dia sapra :)














Nah adik Nas, haha. Macam mana boleh sama muka macam Nas entah, aha.



Kawan kawan kita :) Owh, dengan baby Anas :p


Neh anak Dr Mazlan, tuan rumah taklim kitorang selalu pergi :)


Neh Zainab :)


Neh Zubair :)

Zainab dengan Zubair neh kembar tau. Yang lucunya, mak diorang cerita, masa scan nampak sorang je, bila lahir baru tau kembar, kalut carik baju semua, :p


Neh pulak, Muaz, adik Zainab dengan Zubair tadi :p


Zubair neh pulak, rapat dengan Shikin, Shikin dukung je mesti melentok je kepala dia kat bahu Shikin. Keibuan Shikin neh. Biasala, anak perempuan sorang kan.











Sedih jugaklah bila dah taklim terakhir neh, nak nak bila part akak akak tue semua bagi nasihat. Bila dah tak jadi setudent neh, dugaan dia makin besar. 

Biasanya Allah akan uji, kebergantungan kita terhadap rezeki Allah. Masa belajar takpelah ada orang sponsor semua kan, neh bila kita sendiri dah kerja, macam mana kita nak yakinkan dalam hati kita, Allah yang bagi rezeki, bukan makhluk.

Lagi akak akak tue pesa, selalu ingat kebesaran Allah, selalu sebut kebesaran Allah, buat taklim rumah, jangan tinggal. Kalau kahwin jangan lupa jemput, eh. Malu iteww.

Ya Allah, aku mahu terus berada di Johor, supaya selalu dekat dengan usaha agama, Amin :')

Thanks for reading this entry!

Sabtu, 15 Jun 2013

Aktiviti Habis Degree Part 2 : Jilid Thesis

Assalamualaikum.

Hari neh pergi ambik thesis yang dah berjilid :D

3 copy semuanya, 2 copies hantar, 1 copy untuk supervisor thesis yang terchenta, miahaha.


Tau tak perasaannya bila tengok thesis kita dah berjilid cantik macam neh? Ya Allah syukur sangat sebab di akhir akhir waktu, Allah mudahkan semuanya. Dapat second reader yang best, supervisor pun tak banyak karenah masa nak mintak sign, syukur Alhamdulillah.

Tapi biasala, ada suka duka, air mata beberapa gelen bila kena provoke masa Viva, kena marah dengan supervisor, kena amend beberapa kali benda sama, berhabis duit untuk cari respondents, untuk print semua. Memang lumrah la kan, kalau tak percaya tanya je sesiapa yang pernah buat Bachelor Degree thesis, memang dah pernah menangis la semuanya. Takde lagi yang buat thesis tapi relax je tanpa membazirkan air mata yang berharga neh :p





Miahaha. Neh la thesis gua. My Bachelor Degree Thesis, Alhamdulillah, I made it through. Betul kan janji Allah, kalau kita bantu agama Allah, Allah pun akan bantu kita dan bila Allah ada bersama kita, takkan ada satu makhluk pun akan menyusahkan kita :)

So, juniors? Be prepared :)

Thanks for reading this entry!

Khamis, 13 Jun 2013

Aktiviti Habis Degree Part 1 : Seoul Garden

Assalamualaikum.

Hello uols.

Did I say that I've practically finished my degree? Wuhuuu~ Final exams pun dah habis, tunggu thesis je nak sign and nak jilid, mihmihmih. Macam tak percaya lak dah habis pun 3 tahun bergelumang dengan degree neh.

So dah habis semua, tapi boleh duduk kolej sampai 21st of June, so ada lebih kurang seminggu la nak berjimba dengan kawan kawan buahan gua yang comel neh.

So macam biasa, pergi la Seoul Garden lagi, miahahhaa. Entah apa la yang kitorang suka sangat dengan Seoul Garden tue pun tak tau, asik nek ulang alik ulang alik pergi je. Aha.


Aha. Suasana kat bilik gua. Dah nak habis degree neh boleh lah tunjuk bilik sket :p Muka seronok sebab nak pergi Seoul Garden. Tapi memang muka gua normal macam neh :p



Memang dalam kalangan kawan kawan aku, akulaaaaa yang paling gemok, and tak comel -_- sedihh takk? Tapi anyhow, kitorang semua tetap excited jugak sebab nak pergi Seoul Garden :D

By the way kali neh kitorang pergi berlima je, yang tiga lagi busy dengan PSM.


The driver yang comel~


The Syuhaida yang ayu~


1 kereta je muat lima orang, aha.


Sesambil Lili tengah deal kat kaunter, gua macam biasa la, snap gambar, miahahha.


Okay dah settle down, dah dapat meja, dapat gelas semua, tengok Lili la kejap, aha.



Nampak kosong kan? Kejap je neh. Jap eh.


Tadaaa!


Tadaaa kali kedua :p


Tadaaa kali ketiga, ihik :")




Siap sedia untuk dimakan, muahahhahaha.




Korean sangat kan nak makan wrap daging macam neh, aha, Rum8 kite letteww.


Inilah dia rum8 kesayangan kiteee, yang 3 tahun mengadap muka kita dengan sabar. Kalau tak sabar, dia balik Gelang Patah je, merajuk la tue biasanya, mihmihmih.


Tiba tiba berjodoh pulakk dengan classmates, neh Nazriah :)



Neh Zeeha, tepi sekali pakai baju checkered, harap maap, sudah berpunya :p


Diorang datang berempat, Nazriah, Zeeha, Cik Ki dengan Wawa, sempat la setakat nak ambik gambar sekeping dua yang gegar sikit sikit tue :p 


Okay bila semua dah kenyang, dah penat bergambar semua, balik la kan, apa lagi, ihik,


Muka gembira sebab kenyang :p

Neh baru part 1 tau. banyak lagi aktiviti yang kitorang rancang, yang kalau Allah izinkan, makan akan ada la entri susulan selepas ini, miahahhaa.

Owh, lastly, the OOTD :)



Tengok sendiri la, malas nak descrobe satu satu because basically I reused kebanyakkan benda yang pernah pakai pun, perhati la elok elok, tengok entry lama lama, ahak. Pemalas nak cakap tue Nauzubillah. Tapi hari neh tetiba rasa nak pakai reben besar atas kepala kan, so pakai je la, miahaha. Rasa muda sikit.

Thanks for reading this entry!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...