Selasa, 1 September 2015

My Staycation Story : Tempat Menarik Di Cameron Highlands

Assalamualaikum.

بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم ~

Hi everybunny. Dah cerita ke eh yang chenta hati kita, saudara Ahmad Faris dah tak kerja kat Genting? Beliau dapat kerja kerajaan, dekat Hospital Gua Musang? Kalau tak cerita lagi memang malas la kan nak cerita sebab benda dah lebih kurang sebulan, so I olz skip jela part tersebut. Long story made short, kitorang sekarang berjauhan, so disebabkan beliau cuti Jumaat Sabtu (Kelantan khennn), & off day aku pun flexible, so we'd decided to have a stayacation. Kat mana? Kan dah tulis atas tu, Cameron Highlands. Miahaha.

Kenapa panggil staycation? Sebab dia macam vacation, tapi tempat yang dekat dengan rumah, atau yang kita tak tidur situ, tapi aku tidur situ, semalaman je la. 

Aku pernah pergi Cameron Highlands, tapi duluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu masa darjah 6, lawatan kelas, Aha. & masa family aku datang amik aku habis belajar kat Matrik Perak pun adala singgah kejap. But I tell you what, macam seronok jugakla pergi sana. Miahaha. Ke aku yang jakun. Ala kalau nak stoberi kat Genting Highlands pun ada okayyy. SO we skipped that stoberi part.

Sesampai je aku kat Cameron Highlands, belum check in pun lagi, aku dah nampak banner sepanjang jalan pasal Interactive 3D Muzium. Omaigod. Kat Cameron Highlands ada Muzium 3D? Mestila kena pergi! Selepas meneliti beberapa banner (susai woi nak baca banner masa kereta tengah drive), rupanya Muzium tersebut ada kat Level 2 Nova Mall. Omaigod. Cameron Highlands dah ada Mall! RM18 per entry for adult. & kena bukak kasut masa masuk, in case korang pelik aku tak pakai kasut ke apa ke.




Famous amos laaa kepak neh mana mana aku tengok, orang lain kena pergi Thailand la Korea la, aku pergi Cameron Je. Mihmihimih. 
















& diorang ada bagi prop baju baju untuk korang lebih feel ambik gambar. Miahaha. Contohnya baju zaman Mesir yang aku pakai di atas. Ada baju zaman Empayar Cina, & ada section untuk ambik gambar jugak, tapi aku malas, cenggitu je..

So far seronok la untuk ambik gambar. RM18 tu okay la. Aha. 

Then lepas tu pergi check in bilik, aku tempah bilik kat AirAsiaGo je, kat KRS Pines, Tanah Rata. Macam Homestay. Tapi aku tengok banyak je hotel melimpah ruah kat sini, kat Tanag Rata especially, ada siap RM25//nite tu apa citaaa. Aha. 

Next things you know, Faris tidur sampai malam. Dia cakap demam la perubahan cuaca la, geram aku nak pecahkan pintu kejut. Ehey.

So malam tu pergi Pasar Malam Berinchang. Ramai orang. Banyak makanan. Banyak Kaktus. Banyak Stoberi. Banyak stuffed dolls and pillow. Murah la aku rasa. Belas belas ringgit je, mahal pun puluh puluh ringgit je. Tapi tak beli, banyak sangat. Aha.

So balik, makan, tidur lagi. 

The next day check out dalam pukul 10 pagi, sebab nak breakfast lagi, jalan jalan lagi. Nak dijadikan cerita lagi, masa tengah iron skirt, hanphone gua jatuh kebabom dari atas almari ke lantai maka pecahla skrin dalam beliau dan aku pun terus berhuhuhuhu pergi bagitau Faris -_____- Berapa la kos nak tukar neh -____________- Berhuhuhuhu lagi,

SO breakfast kat Starbuck! Yeay!





NAsib baik Faris tak merengek nak nasi. Ihik.

So dah kenyang, Teruskan perjalanan. Rasa nak beli souvenier Cactus. Faris suruh tunggu hari nak balik baru beli Cactus. So SInggahla Taman Cactus.


1 jela gambar. Aha. 6bijik RM11. 1 bijik RM2. Singgit je dia diskaun.


Tipu tipu, 2 gambar. mihimihimih.

Last stop, Cameron Lavender. Sebab Faris janji nak belikan kiteww bunga. Ala Lavender tu kan RM2 sebatang kalau petik. Nak masuk plak RM6 for adult.

Pergh. Banyak lagi ambik gambar. Faris la. Asik nak ambik gambar je. Mihmihmihmih.













Ceritanya, dah keluar tempat petik bunga lavender tu, Faris pun tanya, mana tempat petik bunga, aku cakapla tadi. Dah lepas kan. Masa jalan turun, ada orang jual bunga. Rose pink neh, 5 kuntum, 5 ringgit. Maka beliau pun belikan la bunga neh untuk aku. Wuwuwuw acah acah sweet.










Ini minion (& specs) Faris punya, dia cakap dia takde meja office nak letak, jadi dia nak letak dalam kereta aky. Aha. Padahal niat dia nak bagi semua orang tau aku neh dia punya. Mak territory la gitteww.

Dahla. 

ENtry paling banyak gambar tahun ini.


Sekian.

Terima Kasih.

Regards,

Suzie

7 ulasan:

  1. tak sangka dekat CH dah ada starbucks

    BalasPadam
  2. ade chalet 25myr per night sis? apa nma dia?

    BalasPadam
  3. chalet 25myr per night tu nma dia apa

    BalasPadam
  4. ade chalet 25myr per night sis? apa nma dia?

    BalasPadam
  5. serius ada homestay RM 25/night? hihihihi

    BalasPadam
  6. Oo boleh singgah kat musium 3D ni...

    BalasPadam

awak memang comel vogue the vass sebab sudi komen entry kitee, muach! <3

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...