Sabtu, 7 Disember 2013

A Weekend at Genting Highlands.

Assalamualaikum.

Dalam around last two weeks, I went to Genting Highlands. Alah gua pergi sensorang je pun. Macam berani je kan? Miahaha. Actually, boyfriend kita kerja kat sana. Kerja apa? Kalau yang dah tau, tau la, yang tak tau, macam tanak bagitau je, miahahaha.


Tadaaa neh la dia boyfriend kita, yang nampak sangat ganas dan tidak berperasaan neh, namun dalam hati opkos la ada taman, kalau tak, takkan la sampai 5 tahun kitorang bersama, aha.

Kalau bukan sebab boyfriend gua kat sana, takde nya gua nak gigih sangat naik puncak Genting tue sensorang, 6 jam jugak nak sampai Genting dari JB neh.

Apa yang best Genting? Buat masa neh tarikan utama kat sana cuma Indoor Theme Park je la kot, sebab Outdoor Theme Park tengah renovate. 2016 kau baru bukak balik, berjanggut dulu la nak tunggu.



Yang kat belakang tue Snow World, tiket nak masuk dalam RM30 ke RM45 gua lupa, tapi korang kena ada training dulu baru boleh masuk. Gua tak minat benda benda leceh neh, so gua decide tanak masuk, miahaha. Tapi memang nampak cambest la. Cuma tak best dia, korang takleh terus masuk lepas dah beli tiket, kena training dulu macam kelas la kot dos and donts.


Eh tetiba ada Eiffel Tower.


Eh tetiba lak ada Statue of Liberty.


And ada jugak rumah hantu and rumah Ripley's Believe it or Not. Ahmad Faris berguling guling merayu rayu nak masuk rumah hantu, oh no no no la jawab dia. Neh macam upgraded punya rumah hantu tau, korang macam kena memburu ulat apa ntah, and masa korang memburu tue la akan ada hantu hantu yang akan kacau korang. Mintak simpang la nak aku main benda cenggitu.


Yang bertuahnya gua pergi Genting masa tue, adalah kerana masa tue tengan ada Genting Rewards Carnival Saranghaey. Aha memang rasa Korean sanagt :p



Tambah best bila ada booth untuk tangkap gambar, RM18 sekeping gambarnya, tapi kalau dah guna henfon sendiri, ambik jela gambar bebanyak, kata orang yang jaga booth tue, tapi korang kena la wajib ambik gambar RM18 yang sekeping tue.










Untungla tetiba dapat pakai Hanbok tue :p Walaupun Ahmad Faris tak bawak gua pergi Korea, beliau bawak gua pergi Korean Festival neh pun okay what, haha. Semua pose adalah dicadangkan oleh Ahmad Faris. Terasa sanga cute bila pakai hanbok neh, tak tau macam mana boleh dapat feeling cenggitu sekali :p

 Seterusnya, kitorang pergi Strawberry Farm dekat bawah. Ada 1 tempat called as Mini Cameron Highland kat bawah tue sikit, bawah sikit daripada Awana Kijai.




Dah nama pun Mini Cameron Highlands, maka adalah Strawberry Farm, Bee Farm semua. Ada jugak diorang jual Strawberry yang dah packing, tapi ada jugak plihan untuk korang pergi petik sendiri strawberry nya. RM8 untuk 100gram. I tell you what, seronok kot pergi petik Strawberry, walaupun gua tak makan strawberry, miahaha.



Ahmad Faris tak bagi kiteww petik Strawberry banyak banyak! Stress kiteww. Semua dia tak bagi kiteww buat -_- Bagi ambik gambar dengan bagi makan je -_-




Itu jelah yang seronok. Haha, yang paling seronok opkos la sebab dapat spend time dengan chenta hati gua Ahmad Faris :D




Hostel Ahmad Faris, heee.


Kitorang kerap makan Marry Brown kat sini, sebab Ahmad Faris nak makan nasi. Makan berdua cenggineh pun dalam RM50 jugak. Belum kira teh panas RM5 segelas, goreng pisang RM2 sekeping, bebola 3 bijik RM3.50. Mahal memang sungguh sungguh mahal la benda kat Genting neh. Mc Flurry 2 cuo pon dah RM15. Ahmad Faris lak suka maka, kejap nak Burger King la, KFC la, gua tak habis lagi kenyang dia dah lapar lagi.




Dah kenyang semua, kitorang pun pergi la stesen bas, sebab gua dah nak balik JB, sedih tau.






Wafel beli guna Kad Diskaun Mahasiswa neh, haha dah guna kad tue pon wafel still RM5.


Buncet.



The OOTD, and faktanya Ahmad Faris sangat tak berpuas hati dengan fashion gua sepanjang gua kat sana. Semua baju yang gua pakai, dia tak suka. Sampai ada sekali tue, beliau paksa gua tukar baju lain, melampau takkk? -_-



And that's how my weekend at Genting Highlands ended!

Thanks for reading this entry!

1 ulasan:

awak memang comel vogue the vass sebab sudi komen entry kitee, muach! <3

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...