Jumaat, 1 Mac 2013

The Lady in Red.

Assalamualaikum~

Well, kitorang dah dapat Bauce Buku 1 Malaysia (BB1M) kan, and the good news is baucer tue boleh digunakan semasa PC Fair, maksudnya boleh la beli hard disk, cooler bagai tue, so yeay! Tapi the bad news is, masa PC Fair UTM hari tue (26 - 28 March) kitorang tak sempat beli apa apa pun, sebab ramai sangat orang and kalau nak guna baucer lak, kena daftar dulu and bukan main panjang lagi queue nya. Disebabkan aku memang pemalas nak hape untuk queue, aku pun hasut la kawan kawan gua bagi tak guna baucer tersebut kat situ, miahahaha.

So masa pergi Bangunan Tabung Haji, sebab nak mintak statistik dengan orang kat Jabatan Statistik Johor tingkat 14, aha, ternampaklah banner kat sepanjang jalan pasal PC Fair kat Skudai Parade, and yes boleh guna baucer.

So, misi kitorang untuk hari neh, pergi Skudai Parade, memborong dengan menggunakan BB1M, miahaha.

So, my outfit for today :)


Red platform beli masa PC Fair and costed me RM20, Peach Colour Peplum which costed me RM25, the red skirt (actually a red dress which I asked Mak Limah to cut it :p), and Jameela Halfmoon Shawl dari ButikPinkku.

Best nya Peplum tersebut, of course la sebab murah kan, mana nak jumpa Peplum harga RM25 oi, adalah sebab the pearl necklace yang aku pakai tue sebenarnya was attached to the peplum itself, sebab gua pakai tudung labuh sikit (the shawl is 2m long and 0.75m width), so aku dengan berbangganya cabut rantai tersebut dan pinkan dekat tudung, ehek *pat on my back for such a good work :p*

Okay la berbalik pada cerita pergi Skudai Parade tadi, hikhik.


Muka tak berapa excited nak pergi Skudai Parade sebab takut takleh guna baucer, haha.


Memang tema gua masuk masuk je dalam kereta, menggila selca, miahaha.


Lili merangkap driver yang cute miut macam Hanis Zalikha, ehekehek.


Orang yang duduk je kat KFC sambil tunggu orang lain beli makanan.


Gua pun tak terkecuali, duduk je kat KFC tersebut sambil paksa Didi ambik gambar gua, miahaha.

So, gua memang dah licinkan BB1M gua, beli sikit je barang, tapi sebab beli hard disk kan, mahal sikit, RM200 untuk 500GB, mahalnye~ Nasiblah bukan guna duit gua, gua tambah RM1 je sebab tak cukup, hekhek.

Jom kita tengok hasilnya~


Neh part gua, gua beli hard disk, pendrive, cooler laptop dengan laptop skin je and it costed me RM246. uuu~ Kalau nak guna baucer kat kedai tue, dia kira 10% less, jadik baucer harga RM50 hanya bernilai RM45 jela, ah tak kira la, asal bukan duit sendiri pun keluar.


Neh Lili punya, RM143, siap beli novel, haha.


Neh yang paling meriah neh, Didi punya, benda mengarut je beliau beli, tak paham betul gua. Biaula, asal beliau happy, hikhik.


And that's how we spend our BB1M :DD

Thanks for reading this entry!

1 ulasan:

  1. cantik betul lady in red ni..
    nk lg ngn muka happy dpt spend voucher bb1m tu kan
    hehe

    BalasPadam

awak memang comel vogue the vass sebab sudi komen entry kitee, muach! <3

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...