Jumaat, 8 Februari 2013

Fishtail Fever.

Assalamualaikum.

Memandangkan kredit Yes Dongle gua nampak macam banyakk je kan, gua hapdet la lagi entri baru, hikhik.

Gua memang suka fashion dress fishtail neh, entah kenapa. Mungkin sebab gua rasa lebih glamour bila berjalan dan angin sepoi sepoi bahasa menerjah maka fishtail tersebut pun berterbanganlah ala ala princess yang menunggu prince charming berkuda ataupun the knight in shining amour. 

Dalam 30 Januari yang lepas, lambat gila nak hapdet, ee. Gua secara tiba tiba nak ber 'reunion' dengan kawan kawan sekelas masa sekolah menengah dulu. Nak praktikkan Ikram Muslimin la konon konon, padahal boring duduk membesarkan badan kat rumah.

Tambahan lak one of us, Cik Tikah yang comel neh dah nak kahwin, esok dah majlis sandingnya pun, so ambik la kesempatan neh untuk bergelak ketawa bersama, menangis bersama *lagu Malique uols :p*

Anndd atas nasihat kakak gua, gua pakai la fishtail dress lagi, hikhik.


Tadaaaaaaa, fishtail dress dari Cotton On yang harga RM30 je. Kakak gua punya, gua pinjam je, miahahaha. Ala cuti 3 minggu je, tak bawak balik baju banyak sangat ah *alasan paling kukuh untuk rembat baju puan kakak*


Color blocking sungguh tema kawan kawan gua, dah la warna yang gua suka, biru, kuning and merah! Neh semangat patriotik semua neh, ehek.


Tadaaaa bakal pengantin esok :p Yang paling kecik neh jugak la yang kahwin dulu. Mohon Tikah lepas kahwin, besar sikit, hikhik. Berseri seri bakal pengantin neh, bukan sebab guna Camera 360 je yang jadi glowing cenggineh, kat real life pun semua dok tegur nampak berseri seri sangat.
Senang cerita, combine je semua gambar, pueh hati den neh ha :p


Singgah Daily Fresh sementara tunggu yang lain sampai sambil makan wafel, cup corn and Milo :p janji pukul 10, pukul 11 baru sampai. Memang Melayu ah kawan kawan gua neh, tanpa sebarang syak wasangka lagi la kemelayuan diorang. 


Tadaaa Asma yang dah start jadik Staff Nurse kat HUSM Kubang Kerian, yeay! Nanti boleh belanja titeww, hikhik. Asma neh calon paling mungkin cepat kahwin sebab dah start kerja and dah ada calon suami, hikhik.


NAdia cakap kalau aku senyum, gambar jadik kabur, so aku tak senyum ah. Dengki sungguh S2 Nadia neh dengan senyuman gua. Ceh.


Semua makan Sizzling and Nasik Ayam je, kat food court lak tue. Gua memang tak pandai makan kat food court KB Mall neh, biasa Mekdi, Kepsi, Sikret Resipi, Miahahaha ayat nak kena lempang sedas dua :p


Sengaja bagi Tikah dok depan sikit, bagi kitorang yang besar besar neh nampak kecik sikit dalam gambar, miahahaha.


Nadia kalau makan amboi amboi amboi. Bakal pengantin lak pantang kalau nampak nak ambik gambar, haha.


Diorang semua sibuk bincang nak pergi lepak mana lepas KB Mall kan, maklumlah KB Mall bukan ada cinema mahupun karaoke, ada pun bowling yang sentiasa penuh sampai kena ambik no uols. Absurd. So Aku dengan Yana apa lagi, miahaha, menggila ambik gambar. Bagi diorang je bincang :p

So diorang decide, pergi Pantai Cahaya Bulan, tue pun lepas balik semayang zohor asar semua~ 



Pergi PCB, makan Mi Sup? Haha, apa la kan, patut makan lah benda benda bergoreng bersalut tepung semua tue kan. Memandangkan semua lapar, makan jela Mi Sup yang tak berapa sedap tersebut. Takdela tak sedap sangat, masih boleh diterima deria rasa dang tekak serta perut lagi la.


Entah kenapa dua dua pesen sama ambik gambar, kembar ke? Hikhik.

Tadaaa gua tukar kasut as well as shawl sebab nak pergi pantai kan, kena la pakai tudung yang ketat sikit serta kasut yang serendah mungkin sampai rasa macam tak pakai kasut langsung. Ohoi.

And to Tikah, Selamat menjadi isteri orang, mohon buang perangai kanak kanak ribena anda secepat mungkin dengan mendapatkan baby, tettt. Esok gua ambik gambar banyak banyak lagi kat majlis anda, nak hapdet lagi, miahaha.

Thanks for reading this entry!

1 ulasan:

  1. wah rm30 fishtail tu?? siyez chantek! rasa cm nk shpg skunk gk hehehe

    BalasPadam

awak memang comel vogue the vass sebab sudi komen entry kitee, muach! <3

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...