Sabtu, 10 November 2012

Ucapan Pierre Andre Di Anugerah Skrin

Assalamualaikum :)

Sebenarnya aku tak tengok pun Anugerah Skrin semalam, aha. poyo tak nak tulis jugak pasal neh?

Ala kawan aku post kat FB, biarlah aku share kat blog, nampak macam banyak sangat keyword pasal Pierre Andre kat Nuffnang sana, terkejut aku tengok, aha.

Aku pernah cerita pasal Cerita Terbaru Pierre Andre kan, nampaknya betullah kan cerita itu, *walaupun masa tulis entry tersebut aku 90% pasti*


Kenapa beliau sebut Lailahalillallah? Sebab itulah sifat pertama para sahabat yang kita kena ikut, iaitu Redha dengan Allah dan percaya hanya Allah yang mempunyai kuasa, makhluk langsung tiada kuasa. Annnd yes, Lailahaillallah itulah kalimah iman dalam diri kita.

Semua bayi yang lahir atas bumi neh, Allah dah tanya, sanggup tak nak pikul kalimah Lailahaillallah neh sebelum lahir? Sebab itulah kita lahir, sebab kita dah berjanji dengan Allah untuk pikul kalimah iman neh dengan ALLAH. Bukan dengan manusia, dengan ALLAH.

Kalimah Lailahaillallah neh, kalau kita letak atas gunung sekalipun, nescaya gunung akan hancur, sebab tak mampu nak tanggung kalimah neh.

Lagipun apa istimewa manusia? Bukan ada bisa macam ular, tiada jugak kuku tajam macam harimau, tapi apa yang buat kita kuat neh, adalah kalimah Lailahaillallah.

Anndd semua kerana Allah Pierre Andre menang semalam, sebab Allah nak tunjuk dekat orang orang yang kata beliau berubah, sebab dah tiada rezeki dalam bidang seni. Hommmboih, macam rezeki kat tangan dia nak tentukan kan. 

Ingat 1 je, Allah Maha Berkuasa, Makhluk langsung tiada kuasa.

Bila dia dah cakap macam semalam pun, itulah dakwah, iaitu menyampaikan kalimah iman kepada saudara saudaranya yang lain, peace :p

Aku pun masih belajar banyaaaaaaaaaaaaaak sangat tentang Islam and aku nak jadi da'ie jugak, InsyaAllah, sebab itu kena cari suami yang betul, hikhik :p
Thanks for reading this entry!

Assalamualaikum :)

1 ulasan:

awak memang comel vogue the vass sebab sudi komen entry kitee, muach! <3

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...